Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Kesihatan G7 akan bincang kesan, langkah tangani penularan varian baru

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Menteri Kesihatan daripada Kumpulan Tujuh (G7) akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini (waktu tempatan), bagi membincangkan kesan dan langkah yang perlu diambil bagi menangani penularan varian baru Covid-19, Omicron.



Varian baru itu dikhuatiri akan tersebar di seluruh dunia hingga sempadan negara ditutup, selain pakar "berlumba-lumba untuk memahami strain itu dalam usaha mengakhiri cengkaman virus maut itu".



Mesyuarat itu diminta oleh Britain, selaku pengerusi G7, memandangkan ia antara negara yang merekodkan peningkatan kes Covid-19 berpunca daripada strain baru yang banyak bermutasi.



Omicron kali pertama dikesan di selatan Afrika, menimbulkan cabaran baru global untuk memerangi pandemik Covid-19.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Jumaat mengisytiharkan Omicron sebagai varian yang membimbangkan, tetapi saintis masih cuba menilai sejauh mana ia berbahaya.



Puluhan negara Eropah dan Asia menyenarai hitam Afrika Selatan dan negara jirannya sejak saintis negara itu mengesan varian Omicron pada 25 November.



"Kita tahu kita sekarang dalam perlumbaan menentang masa," kata Ketua Suruhanjaya Eropah (EC), Cik Ursula von der Leyen.



Beliau menambah bahawa pembuat vaksin memerlukan dua hingga tiga minggu untuk memperoleh gambaran keseluruhan mengenai mutu mutasi.



Banyak negara mengambil langkah mengenakan sekatan perjalanan ke selatan Afrika termasuk Qatar, Amerika Syarikat, Britain, Indonesia, Arab Saudi, Kuwait dan Belanda.



Angola menjadi negara pertama di selatan Afrika yang menggantung kesemua penerbangan dari negara jiran serantaunya, merangkumi Mozambique, Namibia dan Afrika Selatan.



Presiden Afrika Selatan, Encik Cyril Ramaphosa, kelmarin menggesa negara yang mengenakan sekatan agar menarik larangan perjalanan itu sebelum berlaku sebarang lanjutan kerosakan terhadap sektor ekonomi.



Beliau menganggap langkah sekatan yang dilaksanakan sebagai "tidak wajar".



"Kami menyeru agar semua negara yang mengenakan sekatan perjalanan ke negara kami dan ke negara selatan Afrika, yang kami anggap adik-beradik, segera menarik balik keputusan mereka," kata Encik Ramaphosa ketika berucap kepada penduduk negara itu berikutan penemuan varian baru itu minggu lalu.



Presiden Malawi, Encik Lazaru Chakwera, pula mendakwa negara Barat bersikap 'Afrofobia' kerana menutup sempadan mereka.



Selain negara selatan Afrika, kes membabitkan varian Omicron turut dikesan di Belanda apabila pihak berkuasa kesihatan negara itu mengesan sekurang-kurangnya 13 kes dalam kalangan 61 penumpang yang dikuarantin kerana diuji positif Covid-19 selepas tiba dari Afrika Selatan.



Botswana dan negara selatan Afrika lain mengesan varian itu dibawa sekumpulan pelawat diplomatik asing.



Bagaimanapun, dua menteri menegaskan supaya jangan mempolitikkan keadaan itu.



Ketua WHO di Afrika turut menyuarakan kebimbangan sama.



"Dengan varian Omicron yang dikesan di beberapa wilayah di dunia, mengenakan sekatan perjalanan yang menyasarkan Afrika adalah serangan solidariti global," kata Ketua Pengarah WHO Wilayah, Cik Matshidiso Moeti, dalam satu kenyataan kelmarin.



Afrika Selatan, negara benua Afrika yang pesat dengan aktiviti industri, sedang bergelut dengan pertumbuhan ekonomi perlahan dan kadar pengangguran lebih 34 peratus.



Sekatan perjalanan oleh beberapa negara umpama badai menimpa sektor pelancongan yang menjadi industri utama negara itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >