Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

M'sia mahu China perkasa Inisiatif Belt and Road

Mar 31, 2023 | 05:30 AM



HAINAN: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat agar China memperkasakan semula Inisiatif Belt and Road dengan mendorong kerjasama antara negara-negara.



"Menterjemahkan cita-cita tinggi kepada realiti praktikal, perpaduan dan kerjasama adalah contoh terbaik dalam merealisasikan Inisiatif Belt and Road," katanya pada Forum Boao untuk Asia 2023 pada Khamis.



"Dengan pandemik di belakang kita, kita harus cuba mendapatkan semula momentumnya," kata Datuk Anwar.



Gesaan Datuk Anwar untuk memulihkan kerjasama infrastruktur China dengan negara membangun menandakan usaha Malaysia untuk berinteraksi semula dengan ekonomi kedua terbesar dunia itu.



Beliau berkata negara-negara harus menghalang persaingan dalam industri teknologi dan semikonduktor daripada meningkatkan kos dan menghalang kemajuan, ketika negara-negara berusaha untuk melindungi hak kekayaan intelektual mereka dan terus berada di hadapan mendahului pesaing.



"Izinkan saya mengulangi bahawa persaingan yang tidak terikat mesti memberi laluan kepada kerjasama yang penuh semangat," katanya.



Datuk Anwar sedang mengadakan lawatan rasmi empat hari ke China, yang merupakan kunjungan pertama oleh seorang pemimpin Malaysia sejak lawatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada April 2019.



Kementerian Ehwal Luar pada Rabu berkata berkata Datuk Anwar akan bertemu dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengeratkan semula hubungan dalam era pasca pandemik.



China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009, dan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM487.1 bilion ($146.96 bilion) pada 2022.



China juga merupakan pelabur utama di Malaysia pada tahun 2022 yang menyumbang 21 peratus daripada RM264.6 bilion pelaburan yang diluluskan negara pada 2022.



Dalam ucapannya yang dihadiri beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri China, Li Qiang, Datuk Anwar berkata negara-negara Asia harus bekerjasama rapat dalam semangat kerjasama dan perpaduan yang berusaha ke arah mengurangkan ketidaksamaan dan mengalakkan keadilan sosial serta meningkatkan taraf hidup untuk semua.



Datuk Anwar berkata, Laporan Upah Global Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2023-2023 menunjukkan gaji dan kuasa beli isi rumah merosot dengan ketara akibat tempias Covid-19 dan inflasi global.



Katanya, dunia akan berdepan masalah peningkatan ketidaksamaan yang boleh mencetuskan kekacauan sosial akibat masalah kejatuhan mendadak pendapatan isi rumah sekiranya tiada tindak balas berkesan bagi menangani isu kemerosotan gaji dan kuasa membeli.



Sehubungan itu, jelas beliau, semua pihak harus bekerjasama rapat dalam satu semangat kerjasama dalam usaha ke arah mengurangkan ketidaksamaan, menggalakkan keadilan sosial dan meningkatkan taraf hidup untuk semua masyarakat.



"Untuk majoriti populasi dunia, pendapatan gaji kekal sebagai bentuk pendapatan utama. Bagaimanapun, menurut Laporan Upah Global ILO 2022-2023, gaji dan kuasa beli isi rumah telah merosot dengan ketara disebabkan oleh Covid-19 dan inflasi global,'' ujar Datuk Anwar. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >