Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Kebuluran ancam Afrika

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



ANKARA: Dianggarkan 5.9 juta penduduk Somalia kini berisiko tidak mendapat akses perkhidmatan penting yang diperlukan untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa, akibat krisis dana kemanusiaan, lapor agensi berita Anadolu.



"Keperluan bantuan kemanusiaan meningkat ketara pada 2021. Namun, dana bagi memenuhi keperluan itu 'semakin tenat' sejak enam tahun kebelakangan ini.



"Rakan kerjasama kemanusiaan hampir tidak dapat memenuhi keperluan asas bagi membantu mereka yang kebuluran, menderita dan terpaksa menjadi pelarian meliputi wanita serta kanak-kanak," kata Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Residen dan Penyelaras Kemanusiaan untuk Somalia, Encik Adam Abdelmoula, dalam laporan dikeluarkan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), pada 28 Jun lalu.



OCHA sekali gus memberi amaran, sekiranya masalah dana itu tidak diatasi segera, ia boleh mencetuskan bencana kemanusiaan terburuk di Somalia.



Menurut laporan itu, menjelang September depan, kira-kira separuh daripada 16 juta penduduk Somalia memerlukan bantuan kemanusiaan, manakala sekitar 2.9 juta menjadi pelarian dan 2.8 juta lagi sangat memerlukan bantuan makanan.



Ketika ini, sejuta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan, malah lebih menyedihkan apabila bencana kemarau dan banjir, selain kesan ketegangan politik, Covid-19 serta serangan belalang juta, memburukkan lagi situasi kemanusiaan di Somalia.



Di samping itu, pertubuhan bantuan antarabangsa, Program Makanan Sedunia (WFP), telah menyertai Pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO) dan Dana Kanak-Kanak PBB (UNICEF) mendesak agar tindakan segera dilakukan bagi menangani krisis kebuluran di Tigray, Habsyah.



Rayuan mereka diikuti dengan pembentangan analisa oleh Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), yang diterbitkan PBB dan rakan bantuannya pada 24 Jun lalu.



Menurut laporan itu, lebih 350,000 orang di Tigray telah pun berdepan bencana, jumlah tertinggi bagi sesebuah negara melepasi satu dekad.



Tambahan daripada itu, lebih 5.5 juta di sana, dan di wilayah berjiran, Amhara dan Afar, terus berdepan dengan kekurangan bekalan makanan yang buruk.



"Tanpa tindakan segera, dua juta yang kini berada di paras kecemasan akibat ketidakcukupan makanan akan kebulur," kata PBB dalam kenyataannya.



Agens-agensi PBB dan rakan mereka sedang mempertingkat respon, menekankan pentingnya akses tidak terbatas dan pendanaan segera.



WFP kini berusaha mendekati 2.1 juta orang di zon barat laut dan selatan Tigray dan memerlukan AS$203 juta ($272.72 juta) sehingga akhir tahun ini.



FAO pula menerangkan bahawa Jun merupakan bulan sangat kritikal kerana ia merupakan musim tuaian bijirin sehingga akhir tahun ini.



Bulan lalu, agensi itu menyediakan benih kepada 20,000 orang dan penanaman dilakukan.



Penambahan 250,000 orang akan dicapai dalam minggu-minggu mendatang.



FAO merancang pertingkat aktiviti untuk enam bulan mendatang bagi memberi bantuan kepada 375,000 orang menanam keperluan makanan.



Secara keseluruhannya, ia memerlukan AS$77 juta sehingga akhir 2022 tetapi sejauh ini boleh ada sumbangan derma diterima.



UNICEF merupakan agensi utama dalam penyediaan makanan berkhasiat dan berzat untuk kanak-kanak yang mengalami ketidakcukupan makanan yang buruk.



Dianggarkan sekitar 56,000 kanak-kanak di Tigray memerlukan rawatan tahun ini, dengan 33,000 tidak dapat melakukannya kecuali laluan untuk mereka dijamin.



Agensi PBB sedang berusaha mendapatkan AS$10.7 juta bagi membantu kanak-kanak di wilayah Tigray, Amhara dan Afar, termasuk menyediakan makanan sedia dimakan, bekalan ubat-ubatan biasa dan rawatan bagi kekusutan badan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >