Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

PBB kecam kegagalan peroleh bantuan bagi mangsa gempa Syria

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



KAHRAMANMARAS (Turkey): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kegagalan untuk memperoleh bantuan yang sangat diperlukan wilayah Syria yang masih dalam peperangan.



Susulan itu, pertubuhan antarabangsa itu memberi amaran jumlah kematian akibat gempa bumi, yang kini melebihi 34,000 orang boleh meningkat berkali ganda.



Menurut laporan agensi berita Reuters pada Isnin, angka korban di Turkey mencapai 29,695 di Turkey, sementara Syria merekodkan lebih 3,500 maut, sejak gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda kedua-dua negara pada 6 Februari lalu.



Meskipun konvoi PBB dengan bekalan sudah tiba di barat laut Syria melalui Turkey, namun ketua bantuan agensi itu, Encik Martin Griffiths, berkata lebih banyak bantuan diperlukan untuk berjuta-juta rumah yang musnah.



"Kami setakat ini gagal membantu rakyat di barat laut Syria. Mereka betul-betul berasa seperti ditinggalkan kerana mencari bantuan antarabangsa yang belum tiba.



"Tugas saya dan kewajipan kami untuk memperbetul kegagalan ini secepat yang kami boleh," katanya di Twitter.



Bantuan tiba lewat di Syria di mana konflik bertahun lamanya merosakkan sistem penjagaan kesihatan negara itu.



Selain itu, beberapa kawasan di Syria masih kekal di bawah penguasaan pemberontak sedang mereka berperang dengan pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad, yang disekat Barat.



Menurut wartawan AFP di lapangan, konvoi PBB membabitkan 10 trak melintasi barat laut Syria menerusi sempadan Bab al-Hawa.



Mereka membawa keperluan dan peralatan perlindungan termasuk cadar plastik, tali, skru, paku, selimut, tilam dan permaidani.



Puluhan ribu anggota penyelamat terus menjelajah kawasan kejiranan yang 'rata' akibat gempa kuat dalam cuaca sejuk.



Berjuta-juta penduduk yang hidup sengsara terdesak memerlukan bantuan.



Namun, kebimbangan mengenai tahap keselamatan mendorong penggantungan beberapa operasi, bahkan puluhan orang ditangkap kerana merompak dan cuba menipu mangsa gempa bumi di Turkey, lapor media setempat.



PBB memberi amaran sekurang-kurangnya 870,000 orang memerlukan segera bantuan makanan panas di seluruh Turkey dan Syria.



Di Syria sahaja, sehingga 5.3 juta orang dianggarkan kehilangan tempat tinggal.



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 26 juta orang terkesan akibat gempa bumi itu sambil merayu dana sebanyak AS$42.8 ($56.97) juta bagi menampung keperluan kesihatan segera selepas puluhan hospital rosak.



Sementara itu, Agensi Bencana Turkey memaklumkan, lebih 32,000 orang meliputi pertubuhan negara itu terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, bersama 8,294 penyelamat antarabangsa. - AFP, Reuters.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >