Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyokong mohon pengampunan Najib dari Agong

Aug 25, 2022 | 06:09 AM



SEKITAR 300 penyokong tegar mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak yang dikenali sebagai Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon agar Najib diberikan pengampunan diraja.



Presidennya, Syed Mohammad Imran S.N Syed Abdul Aziz, berkata mereka juga mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, campur tangan untuk segera membebaskan Najib daripada Penjara Kajang dan mendesak Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan jika perdana menteri enggan berbuat demikian.



Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($65.2 juta) ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.



Satu lagi petisyen dalam talian yang ditujukan kepada Istana Negara memohon Agong menolak sebarang peluang untuk mengampuni Najib, dilancarkan semalam.



Petisyen itu, yang dimulakan oleh badan pemantau pilihan raya, telah memperoleh lebih 20,276 tandatangan sehingga semalam daripada 25,000 sasarannya di laman web change.org - tapak popular untuk menganjurkan petisyen digital.



Sementara itu, Jabatan Penjara menafikan Najib menerima layanan istimewa di Penjara Kajang dan meminta penyebaran maklumat palsu berhubung kemudahan penjara untuk orang kenamaan (VIP) dihentikan.



Selain itu, jabatan terbabit juga melabelkan sebuah gambar yang kononnya adalah bilik penjara bagi VIP dengan kemudahan selesa adalah palsu.



Najib dijangka hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.



Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata Najib akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari sekiranya tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau pengampunan diraja diterima dalam tempoh berkenaan. - Agensi berita.



Laporan lanjut - Muka 8




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >