Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Remaja tembak mati 19 murid, 2 guru di Texas

May 26, 2022 | 05:30 AM



UVALDE, TEXAS: Sebelum mengamuk melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Texas - membunuh 19 murid dan dua orang guru kelmarin - remaja yang dikenali sebagai Salvador Ramos, terlebih dahulu menembak neneknya di rumah orang tua itu, kata pegawai keselamatan.



Remaja warga Amerika Syarikat berusia 18 tahun itu, kemudian terbunuh, dipercayai ditembak polis.



Dia adalah seorang pelajar di Uvalde, sebuah penempatan kecil terletak berhampiran sempadan Mexico.



"Insiden pertama adalah di kediaman neneknya di mana dia menembak neneknya itu," kata Encik Erick Estrada dari Jabatan Keselamatan Awam Texas, sambil menambah wanita tua itu kemudian dibawa ke kemudahan perubatan.



Ramos kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sambil memakai jaket kalis peluru dan bersenjatakan senapang, kata Encik Estrada.



Tragedi pembunuhan beramai-ramai itu adalah kejadian tembakan di sekolah paling buruk di negara itu dalam masa hampir sedekad.



Semasa memandu melarikan diri itu, Ramos telah merempuh keretanya berhampiran Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, sebuah bandar kira-kira 130 kilometer ke barat San Antonio.



Motif pembunuhan beramai-ramai itu masih belum diketahui.



Pegawai polis awalnya melihat remaja lelaki bersenjata itu keluar dari kenderaannya yang terbabas sambil membawa senapang dengan polis berusaha "mengawalnya".



Namun suspek berjaya meluru masuk ke sekolah itu dan melepaskan tembakan membabi buta, kata Sarjan Estrada kepada CNN.



Pihak berkuasa berkata suspek bertindak bersendirian. - Reuters.



Laporan lanjut: Biden gesa kawalan senjata lebih ketat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >