Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ruang solat tertinggi di dunia dibuka di Makkah

Jan 24, 2024 | 04:49 PM



MAKKAH: Sebuah ruang solat tertinggi di dunia dengan pemandangan jelas menghadap Kaabah dan Masjidil Haram telah dibuka di hotel mewah Address Jabal Omar Makkah.


Diberi nama Sky Mussallah atau Mussollah di Langit, ruang solat itu terletak dalam jambatan penghubung antara dua bangunan pada ketinggian 483 meter dari paras laut.


Ia disahkan dalam buku Rekod Dunia Guinness sebagai Ruang Solat Tertinggi dalam Jambatan Langit, menukil laporan media tempatan.


Dalam satu kenyataan media oleh pihak hotel, ia menjelaskan: “Mussollah sedemikian merupakan titik cerapan hebat bagi para tetamu untuk menyelami kerohanian mereka sambil menikmati pemandangan mercu tanda indah di Makkah.

“Ia telah direka khas bagi membina hubungan dengan suasana persekitaran, menawarkan pemandangan Masjidil Haram serta Kaabah.”







Kenyataan itu menambah ruang solat itu seluas 550 meter persegi dan boleh menampung sehingga 520 orang.

Bahagian dalaman Sky Mussallah menampilkan gabungan pesona Arab purba dan kemewahan kontemporari, terutama kaligrafi Arab.


Setiap hasil kaligrafi menceritakan kisah tentang nama-nama Allah swt yang berbeza untuk memautkan ruangan itu dengan warisan Islam.


Media tempatan menyifatkan pembinaan ruang solat sedemikian adalah hasil daripada “kecemerlangan seni bina dan kreativiti tanpa had”.

Dengan berat 650 tan, atau seberat lebih kurang 84 gajah dewasa, keluli jambatan mula dipasang pada ketinggian 312 meter di atas paras laut sebelum diangkut bagi menghubungkan bangunan berkembar hotel itu di tingkat 36, 37 dan 38.

Ketua pegawai eksekutif syarikat Jabal Omar Development Company, Khalid Al-Amoudi, berkata: “Kami sangat teruja untuk memasuki Rekod Dunia Guinness yang berprestij dengan Sky Mussallah.


“Pencapaian luar biasa ini adalah lambang komitmen kami bagi menawarkan pengalaman yang tiada tandingan untuk jemaah dan pelancong.”

Ketua Emaar Hospitality Group dan pemilik hotel, Mark Kirby, berkata: “Ia adalah satu pencapaian hebat untuk akhirnya membuka Sky Mussallah... dan kami berharap dapat mengalu-alukan pengunjung untuk meresapi kerohanian yang ditawarkan di lokasi sedemikian.”


Penginapan meliputi kawasan melebihi 5,000 meter persegi tersebut dibuka pada separuh kedua 2023 dan mempunyai sebanyak 1,484 bilik dan suite.

Ia turut merangkumi kawasan komersil yang menempatkan restoran, kedai membeli-belah dan medan selera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >