Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Runtuhnya bangunan kota bersejarah Marrakesh susuli gempa di Maghribi

Sep 09, 2023 | 07:53 PM



RABAT: Penduduk kota warisan dan bersejarah Marrakesh di Maghribi sedih melihat beberapa bangunan yang bertahan lama di tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa bersatu (Unesco) runtuh dan musnah dengan penduduk di situ bergegas meninggalkan kediaman mereka ekoran gempa bumi kuat dan mengorbankan sekurang-kurangnya 820 nyawa.


Televisyen setempat menunjukkan runtuhan dari bangunan dan paip yang terbelah menimpa kereta yang diletakkan di situ di samping jalanan yang dikepung sekitar Marrakesh.

Apabila gempa itu melanda sekitar 11.11 malam pada Jumaat, kelihatan ramai yang masih lagi menyelubungi diri mereka dengan selimut sambil cuba melelapkan mata dalam keadaan resah dan takut di tepi jalan.

“Saya baru sahaja pulang ke rumah apabila gempa bumi melanda.

“Kereta saya bergoyang ke depan dan ke belakang tetapi saya tidak dapat bayangkan bahawa sebenarnya wujud gempa bumi. Saya berhenti dan menyedari rupanya kota kami dilanda bencana. Terasa seakan-akan kami ada di tepi sungai dan empangan airnya bocor tiba-tiba. Ada yang menangis. Ada yang terpekik. Perit melalui semua ini,” kata Encik Fayssal Badour dari Marrakesh.

Pusat PemindahanDarah Serantau Marrakesh melancarkan permohonan darurat bagi orang ramai tampil menderma darah bagi menyokong mangsa gempa yang meragut nyawa itu.

Pusat tersebut juga menekankan agar ia berusaha menyediakan sumber logistik dan sumber insan bagi memastikan kerjasama dapat dilancarkan dalam membantu operasi ini.

Kemudahan jagaan kesihatan di kota Marrakesh termasuk Hospital Mohammed VI juga dikerahkan bagi menyediakan semua jagaan perubatan yang perlu untuk penduduk yang cedera.

Sementara itu, di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi, India, pemimpin negara turut merakam takziah kepada Maghribi.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, sewaktu merasmikan sidang tersebut berkata:

“Kami berdoa agar semua yang cedera akan pulih. Seluruh dunia bersama Maghribi dalam tempoh sukar ini dan kami bersedia menyediakan segala bantuan yang diperlukan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >