Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Salah seorang lelaki terkaya Norway diberkas, disyaki bunuh isteri

Apr 29, 2020 | 05:21 PM



OSLO: Salah seorang lelaki terkaya Norway telah diberkas semalam berhubung dengan kehilangan isterinya pada 2018.



Lelaki itu, Tom Hagen, 70 tahun, kini ditahan kerana disyaki membunuh isterinya atau bersubahat dalam kes pembunuhan yang mulanya dianggap polis sebagai satu penculikan. 



Dianggap sebagai seorang yang 'segan' media, Hagen merupakan seorang pelabur bidang hartanah dan pemilik sebuah syarikat elektrik.



Dia telah diberkas semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. 



Polis pada mulanya mendapat laporan bahawa isterinya, Anne-Elizabeth Falkevik Hagen, 69 tahun, telah diculik.



Keluarga Hagen berkata, mereka telah menerima tuntutan wang tebusan sebanyak AS$10 juta ($14.17 juta) dalam bentuk kriptowang, dikenali sebagai Monero, sebelum mangsa dilepaskan,



Polis dimaklumkan tentang kehilangan mangsa pada 31 Oktober 2018, tetapi tidak bercakap secara umum mengenainya sehingga 9 Januari 2019, selepas ratusan maklumat diterima. 



"Kes ini jelas satu penipuan terancang," kata ketua penyiasat polis, Encik Tommy Broeske, di satu sidang akhbar di Oslo, semalam. 



"Ini kerana andaian lain semuanya lemah, ini membuat kecurigaan terhadap Tom Hagen semakin kuat."



Pendakwa Raya Aase Kjustad Eriksson berkata, Hagen akan ditahan selama empat minggu bagi praperbicaraan dan lebih banyak penangkapan akan dibuat. 



"Selepas siasatan selama 18 bulan, polis telah sampai ke peringkat di mana ia punya sebab untuk mengesyaki Tom Hagen membunuhnya atau bersubahat dalam pembunuhan," kata Eriksson dalam sidang akhbar.



Sebuah majalah perniagaan Norway menganggarkan nilai kekayaan Tom Hagen sekitar $200 juta ($282 juta) - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >