Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



Teh 'Zelensky' tanda sokong presiden Ukraine



NEW DELHI: Sebagai tanda sokongan kepada Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, sebuah syarikat pembuat teh India melancarkan jenama campuran baru 'Zelensky'.



Teh itu diperkenal oleh Encik Ranjit Baruah, seorang ahli perniagaan di negeri Assam, timur laut India, yang memiliki perniagaan Teh Aromica.



Perisa teh baru itu digambarkan sebagai teh "sangat kuat" pada label pembungkusannya.



"Saya sangat kagum cara Zelensky menolak tawaran Amerika Syarikat agar menyelamatkan diri, sebaliknya beliau hanya mahu bekalan peluru.



"Ia jelas menunjukkan wataknya dan beliau tidak lari meninggalkan negaranya. Zelensky juga berupaya menunjukkan keupayaan Ukraine melawan tentera Russia," katanya kepada Arab News. - Agensi berita.



Korea U ada banyak peluru berpandu kuat: AS



SEOUL: Korea Utara mungkin mempunyai lebih banyak simpanan, selepas berjaya menguji peluru berpandu balistik antara benua terbesarnya, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kelmarin.



Pada masa sama, Washington menggesa sekatan antarabangsa lebih keras di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara itu.



Kelmarin, Pyongyang menembak peluru berpandu paling kuatnya buat kali pertama sejak 2017.



Pembangunan senjata itu dijalankan di bawah pemantauan rapat pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, dan memastikan republiknya bersedia bagi konfrontasi lama bersama Amerika, lapor media pemerintah KCNA semalam.



"Kami melihat ini sebagai sebahagian corak ujian dan provokasi dari Korea Utara. Mungkin ada lebih banyak lagi," kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, kepada pemberita dalam pesawat Air Force One bersama Presiden Joe Biden. - AFP.



10 Adun BN angkat sumpah Ahli Exco Johor



JOHOR BAHRU: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.



Mereka ialah Datuk Zahari Sarip, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, Encik K. Raven Kumar, Encik Khairin Nisa Ismail, Encik Mohd Hairi Mad Shah, dan Encik Mohd Fared Mohd Khalid, lapor Utusan Online.



Turut mengangkat sumpah di upacara di Istana Bukit Serene di sini itu ialah Encik Ling Tian Soon, Encik Lee Ting Han, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, dan Cik Norliza Noh.



Adun Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 pada 15 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >