Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sistem perubatan di Rafah lumpuh akibat serangan Israel

May 10, 2024 | 11:29 AM



DEIR AL-BALAH (Jaluran Gaza): Encik Souad Zohair menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu di sebuah hospital di Rafah, tetapi ia telah ditutup oleh serangan terbaru Israel.


Anak perempuannya terpaksa membawanya menerusi jalan pesisiran pantai yang terdedah kepada bahaya, ke hospital terakhir yang mempunyai mesin dialisis di Gaza.

“Ini adalah satu-satunya hospital yang menyediakan rawatan dialisis di seluruh Gaza, melayani kira-kira 1,000 baki pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang,” kata Dr Saeed Khattab, ketua jabatan buah pinggang di hospital Al Aqsa Martyrs di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Kakitangan hospital memastikan 19 buah mesin berfungsi bagi 200 sesi rawatan sehari sehingga kakitangan tidak sempat mensterilkan peralatan sepenuhnya, kata Dr Khattab.

Kereta kebal Israel yang berkumpul di pinggir bandar Rafah menyebabkan sebilangan besar penduduk yang sakit dan cedera tidak mempunyai pilihan atau jalan selamat ke hospital tersebut.

Pertempuran telah menutup secara langsung beberapa kemudahan perubatan utama yang telah memberi perkhidmatan kepada separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza yang berlindung di Rafah.

Kedua-dua pusat pemeriksaan juga telah ditutup, menghalang ketibaan bekalan asas seperti bahan api dan perubatan, walaupun Israel berkata ia membuka semula persimpangan Kerem Shalom pada 8 Mei dan cuba mendapatkan bantuan sewajarnya.

Hospital Najjar di Rafa yang merawat pesakit ginjal, termasuk Encik Zohair, telah ditutup secara tiba-tiba apabila pertempuran berlaku.

Hospital bersalin Emirati - tempat 85 bayi dilahirkan setiap hari, telah berhenti menerima pesakit.

Israel berkata sebarang gangguan kepada bantuan akibat serangan terbarunya bersifat sementara, dan hospital lapangan tambahan akan disediakan di kawasan yang dikatakan selamat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >