Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S'pura, AS prihatin tapi percaya huraian di tangan Myanmar

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Singapura dan Amerika Syarikat "sangat prihatin dan bimbang" akan penderitaan rakyat Myanmar, kata Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan kelmarin.



Rakyat Myanmar sudah pun menghadapi cabaran ekonomi yang sukar dengan pandemik Covid-19 memburukkan lagi keadaan negara itu, kata beliau kepada The Straits Times semasa lawatannya ke Washington.



Isu Myanmar dibincangkan dalam pertemuan Dr Balakrishnan bersama Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken Isnin lalu.



Dr Balakrishnan merujuk isu kemiskinan yang meningkat, ketidakstabilan politik berikutan rampasan kuasa tentera pada 1 Februari dan keganasan yang dicetuskannya, yang merupakan antara kebimbangan yang dikongsi Amerika dan Singapura mengenai Myanmar.



Namun AS dan Singapura percaya penyelesaian di Myanmar itu terletak pada negara itu sendiri, katanya.



"Rakyat, pemimpin - dan pemimpin di seluruh peringkat politik - perlu duduk, berunding, berbincang dengan niat baik demi masa depan," kata Dr Balakrishnan.



"Kami tidak dapat memaksa ini, tetapi kami dapat berusaha mendorong mereka, kami dapat memujuk, kami dapat mencuba dengan cara kami sendiri, untuk mendorong mereka ke arah itu."



Namun, Dr Balakrishnan berkata beliau masih belum melihat tanda-tanda ini.



"Saya harap saya salah dan saya harap mereka benar-benar mengadakan perbincangan," katanya.



"Asean jelas berusaha membantu, kami menunggu Utusan Khas kami, Dr Erywan, diberi akses kepada semua pihak dan beliau dapat membantu mempermudah perbincangan ini."



Dr Balakrishnan merujuk kepada Menteri Luar Kedua Brunei, Dr Erywan Yusof, yang dilantik sebagai Utusan Khas Asean ke Myanmar Ogos lalu.



"Saya tidak fikir ada penyelesaian cepat dan mudah, tetapi sedapat mungkin, di mana kami dapat membantu, kami akan membantu," kata beliau lagi.



"Sejauh ini sebagai respons kepada krisis kemanusiaan, Singapura telah mengirim bekalan perubatan.



"Kami bekerja melalui Palang Merah Myanmar, dan kami juga akan melihat apakah ada saluran lain, jalan lain di mana kami dapat sampaikan bantuan dengan berkesan."



Ekoran krisis di negara itu, mata wang Myanmar telah merosot lebih 60 peratus dalam kurang lima minggu, menyebabkan kenaikan harga makanan dan minyak kenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >