Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taiwan rancang kerah sistem pertahanan dron

Aug 26, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI: Taiwan akan mula mengerahkan sistem pertahanan dron di pulau lepas pantainya tahun depan, umum kementerian pertahanan, selepas sebuah rakaman video menunjukkan askar Taiwan membaling batu ke sebuah dron China yang berlegar di sebuah pos kawalan dekat perairan China.



Taiwan telah mengadu mengenai pencerobohan berkali-kali dron China berdekatan pulau lepas pantainya, sebagai sebahagian daripada latihan perang China susulan lawatan Speaker Kongres Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, ke Taipei bulan ini, yang menimbulkan kemarahan Beijing.



China mendakwa pulau Taiwan adalah wilayahnya.



Rakaman klip video itu, yang disiarkan di media sosial China sebelum disiarkan media Taiwan, menunjukkan dua askar melempar batu ke arah sebuah dron yang berada dekat pondok kawalan mereka.



Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, pusat pemerintah pertahanan Kinmen, yang merupakan sekumpulan pulau yang dikawal Taiwan yang berada bertentangan kota China Xiamen dan Quanzhou, menyatakan insiden itu berlaku pada 16 Ogos di anak pulau Erdan.



Ia mengesahkan askar itu membaling batu bagi menghalau apa yang disifatkannya sebagai dron awam.



Sementara itu, China memberi amaran kepada penggubal undang-undang Canada supaya jangan menggunakan lawatan terancang ke Taiwan sebagai alasan sama ada untuk pencerobohan ketenteraan atau ekonomi.



Menurut jurucakap Menteri Luar, Cik Melanie Joly, China memberi amaran akan mengambil langkah tegas jika Canada campur tangan di Taiwan.



Canada, seperti kebanyakan negara Barat, mengikuti dasar satu China, yang mengiktiraf Beijing, bukan Taipei, secara diplomatik, manakala secara tidak rasmi ia menyokong Taiwan.



Minggu lalu, ahli parlimen Canada, Cik Judy Sgro, berkata lawatan itu akan memberi tumpuan pada perdagangan dan tidak berniat mengganggu dan menimbulkan masalah bagi Taiwan mahupun China. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >