Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump guna kuasa veto atas rang dasar pertahanan dwipartisan

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menggunakan kuasa veto ke atas rang undang-undang dasar pertahanan dwipartisan kelmarin.



Ini menimbulkan prospek bahawa Amerika mungkin menghadapi ketiadaan pemerintah semasa pandemik, sekali gus menimbulkan huru-hara baru di Washington, sedang beliau menuju ke Florida bagi perayaan Hari Natal.



Marah terhadap anggota Republikannya yang lain di Kongres, Encik Trump mahu merombak dua perundangan kompleks yang diluluskan Kongres dengan margin dwipartisan yang lebar menyusuli perundingan selama beberapa bulan.



Encik Trump terus mengancam untuk menggunakan kuasa veto terhadap rang undang-undang pertahanan dan menuntut perubahan dramatik bagi pakej AS$2.3 trilion ($3.07 trilion) yang membiayai pemerintah federal dan menawarkan bantuan koronavirus bernilai hampir AS$900 bilion.



Jika Encik Trump menolak pakej belanjawan itu, sebahagian besar pemerintah Amerika boleh mula berhenti minggu depan kerana kekurangan dana pada masa pegawai mengagihkan dua vaksin koronavirus dan berusaha untuk memberikan respons kepada serangan pengodaman meluas.



Dengan tinggal kurang sebulan dalam pejabat, Encik Trump amat marah beberapa anggota Republikan yang telah mula mengiktiraf kekalahannya terhadap calon Demokrat, Encik Joe Biden, semasa pilihan raya 3 November lalu.



Encik Biden akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika pada 20 Januari nanti.



Menurut Encik Trump, beliau menggunakan kuasa veto terhadap rang undang-undang dasar pertahanan yang diluluskan setiap tahun sejak 1961.



Ini kerana beliau menolak perlindungan liabiliti bagi syarikat media sosial yang tiada kaitan dengan keselamatan nasional dan tidak mahu menamakan semula pangkalan ketenteraan yang kini dinamakan atas nama jeneral yang telah berjuang untuk properhambaan Negeri-Negeri Gabungan semasa perang saudara.



Anggota Demokrat dan Republikan bagaimanapun menolak kuasa veto Trump berhubung Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) itu .



"Saya tidak sabar untuk menolak langkah Presiden yang tidak munasabah untuk memperkecil keselamatan negara kita," kata Senator Demokrat, Mark Warner, dalam satu kenyataan.



Pengerusi Khidmat Bersenjata Senat Jim Inhofe, seorang Republikan, juga menolak kuasa veto Encik Trump.



"NDAA telah menjadi satu undang-undang setiap tahun selama 59 tahun berturut-turut kerana ia adalah amat penting bagi keselamatan nasional dan askar kita.



"Tahun ini bukan satu pengecualian," tegasnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >