Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tukang masak maut akibat letupan bungkusan di atas keretanya di Ampang Jaya

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang tukang masak maut akibat letupan bungkusan yang diletak di atas keretanya di depan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, lewat kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam itu, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.



"Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.



"Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Berita Harian Malaysia (BHM).



Beliau berkata letupan itu juga mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar.



ACP Farouk menambah bahawa pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.



"Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan," katanya.



Mulai kira-kira 9.30 malam hingga setakat 1.30 pagi susulan kejadian letupan, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.



Turut berada di lokasi ialah pasukan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemusnah Bom (URB) dan Unit Anjing Pengesan (K9).



Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.



Dalam perkembangan baru, Encik Farouk berkata proses bedah siasat mayat tukang masak dijadual diadakan petang semalam di Hospital Ampang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >