Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hak pekerja yang diberhentikan

Jan 09, 2024 | 03:52 PM



Topik ‘pemberhentian kerja’ kini menjadi tular lagi apabila pekerja syarikat e-dagang, Lazada, dilaporkan telah diberhentikan kerja secara tiba-tiba antara 3 Januari hingga 5 Januari.

Tindakan pemberhentian kerja seperti ini telah berkurangan selama beberapa bulan kebelakangan ini menyusuli pandemik Covid-19.


Di sini, kami akan membincangkan sejauh mana hak pekerja terpelihara di Singapura.

Soalan: Adakah saya diberhentikan kerja atau dipecat?


Di bawah Akta Pekerjaan, pemberhentian kerja atau ‘retrenchment’ didefinisikan sebagai “pemberhentian kerja atas alasan lebihan pekerja atau disebabkan sebarang penyusunan semula dalam profesion, perniagaan, perdagangan atau pekerjaan majikan tersebut”.

Ini bermaksud bahawa seseorang majikan itu hanya boleh memberhentikan pekerja atas beberapa syarat yang tertentu jikalau syarikat itu sedang menyusun semula atau pekerjaan tidak ada lagi selepas perniagaan berkurang. Hal ini bukanlah kerana kontrak perkhidmatan telah ditamatkan.

Seseorang pekerja dianggap telah diberhentikan sekiranya majikan tidak dapat menunjukkan rancangan untuk mencari pengganti walaupun telah mencuba untuk mengelakkan kewajipan membayar faedah wang pemberhentian dengan memanggil istilah ‘pemberhentian’ sebagai sesuatu yang lain.

Soalan: Adakah terdapat tempoh notis minimum?


Akta Pekerjaan menetapkan tempoh notis minimum yang harus disediakan oleh majikan apabila memberhentikan pekerjaan bagi pekerja mereka.

Tempoh notis boleh berlangsung dari sehari bagi mereka yang berkhidmat kurang daripada 26 minggu hingga empat minggu bagi mereka yang telah bekerja dengan majikan tersebut selama lima tahun atau lebih.


Namun, majikan boleh membayar kuantum kepada pekerja yang diberhentikan seperti jumlah yang setara dengan gaji pekerja selama tempoh notis itu sebagai ganti notis.

Soalan: Adakah pekerja berhak mendapat bayaran pemberhentian kerja?


Hanya bagi pekerja yang telah berkhidmat selama dua tahun atau lebih dan mempunyai bayaran kerja yang ditetapkan – sama ada dalam perjanjian kesatuan dengan syarikat secara kolektif atau dalam kontrak pekerjanya tersendiri, berhak menerima bayaran ini.

Mereka yang telah bekerja untuk majikannya kurang daripada dua tahun tidak layak menerima bayaran ini. Namun, syarikat tersebut boleh memilih untuk membuat ‘bayaran muhibah’.

Pekerja hamil yang diberhentikan kerja juga berhak mendapatkan faedah wang bersalin sekiranya mereka telah bekerja untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan disahkan oleh seorang doktor bahawa mereka hamil sebelum pekerjaan mereka dihentikan.

Soalan: Siapakah yang harus diberitahu syarikat sebelum diberhentikan kerja?


Majikan berdaftar Singapura yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja wajib memaklumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam tempoh lima hari bekerja selepas pekerja terjejas diberitahu.

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan penalti pentadbiran sehingga $2,000 setiap kali peraturan ini dilanggar.

Namun, syarikat dinasihatkan supaya memberitahu MOM sekurang-kurangnya sebulan sebelum pekerja yang terjejas itu diberitahu.

Di bawah undang-undang, kesatuan yang diiktiraf oleh majikan mempunyai hak undang-undang untuk berunding bersama majikan secara kolektif.


Dalam kes Lazada, jurucakap Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata syarikat itu memberi pengiktirafan kepada Kesatuan Gabungan Pekerja Minuman dan Makanan (FDAWU) sebagai kesatuan yang diiktiraf.

Kesatuan dan pengurusan boleh berunding dan membuat perjanjian kolektif, kata jurucakap itu.

Beliau berkata FDAWU telah menandatangani dua memorandum persefahaman dengan Lazada: satu mengenai membentuk jawatankuasa bersama untuk memetakan keperluan semasa syarikat dan prospek perniagaan masa depan untuk melatih pekerja, dan satu lagi mengenai kesatuan.

Memorandum mengenai kesatuan tidak akan didedahkan kepada umum, tambah jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >