Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga minyak lonjak 5% ekoran ketegangan di Timur Tengah

Oct 09, 2023 | 12:39 PM



LONDON: Harga minyak melonjak 5 peratus pada Isnin selepas serangan mengejut Hamas ke atas Israel pada hujung minggu, mengancam akan membangkitkan ketegangan di Timur Tengah.


Minyak mentah Brent melonjak AS$4.24 ($6.15) atau 5 peratus kepada AS$88.82 setong pada 10 pagi waktu Singapura apabila premium berisiko perang kembali ke pasaran, manakala West Texas Intermediate (WTI) meningkat AS$4.26, atau 5.14 peratus, kepada AS$87.05.

Kumpulan Hamas Palestin pada Sabtu melancarkan serangan ketenteraan terbesar ke atas Israel dalam beberapa dekad.

Ratusan rakyat Israel terkorban dan mencetuskan gelombang serangan balas udara Israel ke atas Jaluran Gaza.

Jumlah kematian mencecah 1,100 dalam pertempuran masuk hari ketiga, sedang Amerika Syarikat berkata ia sedang menghantar kapal perang ke rantau itu.

Peristiwa terbaru di Israel tidak menimbulkan ancaman segera terhadap bekalan minyak, tetapi peniaga bimbang jika pertempuran semakin meningkat – yang terkawal setakat ini – boleh bertukar menjadi perang proksi yang lebih dahsyat melibatkan Amerika dan Iran.

Sebarang tindakan balas terhadap Tehran di tengah-tengah laporan ia terlibat dalam serangan itu boleh membahayakan laluan kapal melalui Selat Hormuz, saluran penting yang sebelum ini ada ancaman ditutup oleh Iran.

Perang Israel-Hamas mengurangkan jangkaan bahawa Arab Saudi akan mengurangkan atau menghapuskan sekatan pengeluarannya sebanyak satu juta tong sehari, kata penganalisis Citigroup dalam satu nota. Risiko juga semakin meningkat bahawa Israel mungkin menyerang Iran, kata mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >