Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iklan kerja kosong di S'pura bertambah; begitu juga bilangan pemohon dari M'sia

May 13, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH iklan pekerjaan dan pemohon pekerjaan dari Malaysia meningkat selepas Singapura dan Malaysia membuka sempadan sejak 1 April lalu, menurut perangkaan beberapa gerbang pekerjaan.



Dalam tempoh empat minggu selepas pengumuman pembukaan semula sempadan pada 24 Mac lalu, bilangan iklan pekerjaan di FastJobs meningkat 15 peratus berbanding setahun lalu, kata syarikat FastJobs.



Bilangan pekerja Malaysia yang membuat permohonan kerja juga meningkat lebih berganda, berbanding setahun lalu atau empat minggu sebelumnya.



Dari 20 Mac hingga 16 April, terdapat 7,500 pemohon pekerjaan warga Malaysia dalam FastJobs, naik tiga kali ganda dari perangkaan 2,538 setahun lalu, menurut FatsJobs kepada The Business Times (BT).



Ia juga meningkat 2.5 kali dari 2,918 pemohon dari 20 Februari hingga 19 Mac.



Meskipun, warga Singapura dan penduduk tetap (PR) merupakan sebahagian besar pemohon, FastJobs berkata pembukaan sempadan antara Malaysia dengan Singapura dijangka meningkatkan lagi pemohon pekerja dari Malaysia, dan meredakan masalah syarikat yang memerlukan pekerja.



Sempadan yang dibuka antara Malaysia dengan Singapura pada 1 April membolehkan mereka yang telah menerima suntikan Covid-19 sepenuhnya untuk memasuki kededua negara tanpa ujian Covid-19 atau kuarantin.



Satu lagi gerbang pekerjaan, JobStreet, juga melihat iklan dan pemohon pekerjaan meningkat sejak sempadan dibuka. Namun, ia enggan memberikan perangkaan pemohon dari Malaysia.



Mac lalu, kadar iklan pekerjaan adalah 60 peratus lebih tinggi daripada tahap sebelum pandemik, dan sehingga 30 peratus lebih tinggi berbanding Februari, kata pengarah urusan JobStreet Singapore, Cik Chew Siew Mee.



Beberapa sektor yang menyumbang kepada kenaikan iklan pekerjaan termasuk sumber manusia (HR), pendidikan, makanan dan minuman (F&B), serta runcit, tambah Cik Chew.



F&B dan runcit memerlukan lebih ramai pekerja setelah sekatan Covid-19 ditarik balik.



Pengurus besar FastJobs Singapore, Cik Lim Huishan berkata:



"Kelonggaran sekatan adalah baik untuk ekonomi dan kami menjangkakan pemulihan dan permintaan lebih tinggi dalam sektor-sektor sedang syarikat memulakan usaha menggajikan semula pekerja, termasuk sektor pelancongan.''



Beliau menambah kebanyakan iklan pekerjaan FastJobs termasuk pergudangan, logistik, pelayanan, F&B, penjualan, runcit, pemasaran dan khidmat pelanggan.



Pemangku presiden Persekutuan Pengilang Singapura (SMF), Encik Ryan Chioh, berkata beberapa anggotanya telah menggajikan rakyat Singapura pada April, yang merupakan peningkatan antara 20 dengan 50 peratus.



Namun, beliau menambah ada juga anggotanya melihat lebih ramai pekerja Malaysia yang pulang ke negara mereka.



Presiden Persatuan Pengurusan Makanan & Minuman (FBMA), Encik Kung Teong Wah, berkata hotel telah menyaksikan peningkatan 10 hingga 15 peratus dalam permohonan kerja dari Malaysia tetapi banyak syarikat pengurusan hotel telah mencapai tahap maksimum warga asing dalam jumlah pekerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >