Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Inisiatif galak penyelesaian AI generatif di S’pura dilancar

Jul 24, 2023 | 06:11 PM



Sebuah inisiatif baru yang bertujuan membantu organisasi di Singapura menghadapi cabaran dunia nyata melalui kecerdasan buatan (AI) generatif telah dilancarkan pada Isnin.

Inisiatif AI Trailblazers merupakan kerjasama antara Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Industri Digital Singapura (DISG), Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO), serta Google Cloud.


Dalam ucapan semasa pelancaran di kampus Google Asia Pasifik, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, menyatakan bahawa pembelajaran mesin telah membentuk banyak aspek kehidupan masyarakat, dari cara berhubung dengan kawan hingga cara penonton memilih rancangan di Netflix.

“Dengan AI generatif, kita akan menyaksikan perkembangan yang menarik dalam operasi pelanggan, pemasaran dan jualan, kejuruteraan perisian, serta banyak aplikasi dalam penyelidikan dan pembangunan. Ini akan meningkatkan kualiti penyelidikan kerana kami dapat lebih terarah dalam mencari penyelesaian,” kata Cik Teo, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Negara Bijak dan Keselamatan Siber.

Dalam rangkaian inisiatif AI Trailblazers, dua Kotak Percubaan Inovasi telah ditubuhkan untuk memberikan akses kepada sehingga 100 organisasi di Singapura tanpa kos untuk menggunakan unit pemprosesan grafik (GPU) berprestasi tinggi Google Cloud, platform AI Vertex, model AI generatif yang telah terlatih, dan alat pembangun kod rendah selama tiga bulan.


Kotak Percubaan Inovasi ini akan mengenal pasti dan menangani 100 kes penggunaan AI generatif merentas pemerintah dan industri dalam masa 100 hari akan datang.

“Ketika ini, Singapura mempunyai lebih daripada 4,000 penyelidik yang aktif dalam bidang AI, dan hasil kajian mereka sangat dihargai. Namun, kita masih perlu lebih banyak usaha untuk menterjemahkan kajian ini kepada kes penggunaan yang luas dan bermakna dalam pelbagai industri,” tambah Cik Teo.

Ini termasuk membina prototaip penyelesaian AI generatif dan membawa prototaip tersebut kepada tahap pengeluaran.

Kotak Percubaan Inovasi pertama, yang ditadbir oleh SNDGO melalui Kluster Awan Pemerintah AI (AGCC), khusus untuk agensi pemerintah di Singapura manakala Kotak Percubaan Inovasi kedua, yang dikendalikan oleh DISG, memberi fokus pada syarikat tempatan.

Organisasi yang menyertai inisiatif ini akan menghadiri bengkel wajib selama sehari yang dianjurkan oleh DISG, SNDGO, dan Google Cloud. Mereka akan menerima latihan daripada jurutera Google Cloud untuk mengenali kes penggunaan yang sesuai dengan AI generatif dan membina prototaip penyelesaian AI generatif menggunakan alat dari Kotak Percubaan Inovasi.

Selain itu, organisasi peserta akan berpeluang untuk bekerjasama dengan DISG, SNDGO dan Google Cloud untuk mengembangkan prototaip mereka menjadi Produk Berdaya Maju Minimum (MVP) dan mempamerkannya kepada panel pakar teknologi dari MCI, DISG, SNDGO, Google Cloud, dan bakal pengguna pemerintah dan komersial lain pada November dan Disember 2023.

Inisiatif AI Trailblazers menandakan langkah maju Singapura dalam menghadapi era revolusi kecerdasan buatan dan memperkuat daya saing negara dalam bidang teknologi global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >