Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

URA: Jualan rumah privet baru lonjak paling tinggi sejak Nov 2021

Aug 15, 2023 | 06:10 PM



Jualan rumah privet di Singapura melonjak pada Julai 2023, mencecah paras tertinggi sejak November 2021, menurut data diterbitkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa.

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), sebanyak 1,412 unit rumah privet yang dijual mencatat lonjakan lima kali ganda berbanding 278 unit rumah privet yang dijual pada Jun 2023.

Angka itu juga 68.9 peratus lebih tinggi daripada 836 unit yang dijual pada Jun 2022.

Penganalisis berkata bahawa lonjakan itu didorong oleh empat pelancaran projek besar selepas cuti sekolah Jun iaitu Grand Dunman, Lentor Hills Residences, Pinetree Hill dan The Myst.

“Empat pelancaran projek rumah berhalaman pada Julai 2023 menyumbang kepada 82.1 peratus jumlah penjualan pada Julai 2023,” kata pengarah kanan Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck. 

Sebanyak 2,156 unit dilancarkan pada Julai, jumlah tertinggi sejak Januari 2021 apabila 2,600 unit dilancar. Pada Julai 2022, 408 unit dilancarkan.

Naib presiden kanan agensi hartanah OrangeTee and Tie, Cik Christine Sun, berkata: “Penjualan rumah baru biasanya tidak menentu. Ia turun naik berdasarkan jumlah pelancaran projek baru dalam sebulan.”

Penganalisis menambah bahawa bulan lunar ketujuh, dari 16 Ogos hingga 14 September, juga memainkan peranan dalam penjualan pada Julai 2023.

Cik Sun berkata bahawa pemaju melancarkan penjualan lebih awal dari bulan lunar ketujuh yang dianggap segolongan pembeli sebagai “tempoh yang kurang baik untuk membeli hartanah”.

Encik Lee menambah: “Kebanyakan pemaju akan mengelak melancarkan projek pada bulan lunar yang ketujuh. Sebab itu, ada lima lagi pelancaran termasuk satu kondominium eksekutif semasa dua minggu pertama Ogos.”

Dengan pilihan projek yang luas di pasaran serta pelancaran baru, pegawai eksekutif utama ERA Realty Network, Encik Eugene Lim, berkata pembeli rumah dan pelabur mempunyai pelbagai pilihan.

Namun, Cik Sun berkata penjualan Ogos tidak akan melebihi Julai kerana “kurang pelancaran projek mega baru melebihi 1,000 unit”.

Encik Lee berkata bahawa bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023, penjualan pemaju melebihi 5,000 unit sudah dijangka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >