Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anak segalanya buat Wardina, Rita Rudaini

Jan 28, 2024 | 05:32 AM



Suara mereka memang lantang dalam memperjuangkan hak wanita.

Jangan main-main apabila dua peserta Dewi Remaja pada tahun berbeza ini, Wardina Safiyyah, 44 tahun, dan Rita Rudaini, 47 tahun, bersuara.


Ingin tahu apa perkembangan terkini mereka?

Bagaikan baru sahaja menyaksikan gadis jelita berambut pendek bernama Wardina menjayakan watak Misha dalam drama sitkom Spanar Jaya.


Tahu-tahu dapat berita beliau sudah pun menerima menantu lewat tahun lalu pada usia 44 tahun!

Bekas pengacara program Al-Hidayah ini berhijrah ke Brisbane, Australia sejak 2014.


Pemilik nama sebenar, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, kini ialah pakar psikologi bertauliah.

Anak sulungnya, Amna Nafeesa, telah selamat bergelar isteri kepada jejaka bernama Yusuf.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi dan suka menyimpannya.

“Bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita gembira dan memohon semua mendoakan Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.

“Semoga Allah merahmati penyatuan mereka dan melindungi. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan-Nya,” kongsi Wardina yang memuat naik foto Amna pada majlis akad nikah itu.

Semoga Wardina yang merupakan finalis Dewi Remaja 1997/98 kian bahagia bersama keluarga dan membina kerjaya yang dapat memperkasa individu lain juga.


Rita Rudaini yang menjadi ibu tunggal kepada dua anak lelaki selepas melalui kegetiran perpisahan bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan, pula menggambarkan kecekalan seorang wanita yang inginkan yang terbaik buat masa depan anak-anaknya.

Beliau juga tidak gentar mengulas isu rumah tangga secara terbuka dan menyokong selebriti lain seperti pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga mengharungi tempoh perceraian yang perit bersama pengarah Syamsul Yusof dan berani berkongsinya di media sosial.

Kata Rita dalam satu laporan Yahoo!:


“Saya tak faham mengapa ada orang yang marah dan mempersoal keputusan Puteri Sarah berbincang di media sosial mengenai isu rumah tangganya? Ia (perceraian berdolak-dalik) mungkin sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada anda tetapi ia berlaku kepada saya sebelum ini.

“Sebagai selebriti, anda tidak harus terus kekal mendiamkan diri kerana orang akan terus mengkritik anda. Jadi cara terbaik adalah berkongsi segalanya yang telah dilakukan.

“Apa yang Sarah lalui sama dengan apa yang terjadi kepada saya tetapi beliau beruntung mempunyai sokongan yang kuat daripada mentuanya.

“Beliau nampak tersenyum dan okey tetapi kita tak tahu perasaan yang dirasakan. Sesiapa sahaja akan rasa terjejas.”

Rita ialah peserta peringkat akhir Dewi Remaja 1998/99 dan tewas di tangan penyanyi Juliana Banos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >