Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Anil susutkan badan demi filem ‘Fighter’

Nov 06, 2023 | 05:32 AM



Pelakon veteran Bollywood, Anil Kapoor, memberi sepenuh komitmen pada rutin kecergasan yang amat diperlukan.

Dapat dilihat beliau beralih dari satu watak ke watak lain yang jauh beza bak langit dengan bumi.

Bintang berusia 66 tahun itu sekali gus membuktikan usia bukan penghalang untuk cekal melalui perubahan fizikal tubuhnya, tatkala perlu membawa watak seorang bapa berusia 65 tahun dalam sebuah filem dan seorang pegawai tentera udara berusia 45 tahun dalam sebuah lagi filem.

Laman web, Filmfare, melaporkan Anil adalah Balbir, bapa kepada watak yang dijayakan pelakon Ranbir Kapoor dalam filem, Animal.


Dalam filem, Fighter pula, beliau adalah Rocky, pegawai tentera udara yang berusia 45 tahun.


Anil dalam hantaran Instagram berkata:

“Beralih daripada satu watak orang tua kepada watak pegawai tentera lebih muda tahun lalu, amat mencabar tetapi menggembirakan saya.

“Saya perlu lalui perubahan fizikal yang serius agar masih boleh muat dan nampak segak ketika menggunakan seragam tentera.

“Memandangkan kededua filem sudah pun tamat penggambaran, saya tidak sabar menantikan reaksi penonton apabila menyaksikannya di pawagam.”

Animal adalah kisah perhubungan seorang ayah dengan anaknya dan bersandarkan latar belakang adegan berdarah dalam dunia samseng.


Si ayah jadi resah apabila anaknya menjadi seorang penjahat gila tanpa ihsan terhadap orang lain.

Jalan cerita Fighter pula masih lagi dirahsiakan tetapi ia turut dibintangi Hrithik Roshan dan Deepika Padukone.


Bagaimana penerimaan orang ramai terhadap Anil yang kelihatan lebih muda dan cergas?

Kata pelakon, Varun Dhawan, yang pernah berlakon bersama Anil dalam filem, JugJugg Jeeyo:


“Mudah untuk melakukan semua ini apabila usia anda 18 tahun, Anil. Apabila dah masuk usia 30-an tahun, semakin susah,” jelasnya.

Pengarah Fighter, Siddharth Anand, pula menambah:


“Daripada setakat menjadi peminat anda sewaktu kecil yang kagum menonton filem, Tezaab, Parinda dan Ram Lakhan, saya kini berpeluang mengarah anda dalam Fighter.


“Susah nak gambarkan perasaan saya sebab anda menghidupkan watak Rocky dengan baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >