Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hun Haqeem harap selesai masalah tamat kontrak awal

Mar 01, 2024 | 06:05 PM



Pelakon Hun Haqeem mahu menyelesaikan masalah berikutan tindakannya menamatkan kontrak lebih awal bersama syarikat penerbitan filem dan televisyen, Metrowealth International Group (MIG) secara profesional.

Ini kerana beliau terkejut dengan dakwaan bekas pihak pengurusannya, David Teo yang juga Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) menuntut lebih RM600,000 ($170,395) sebagai ganti rugi berikutan tindakannya menamatkan kontrak lebih awal.

Mengulas lanjut perkara itu kepada BH Online Malaysia, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, 26 tahun, menjelaskan beliau memilih untuk tidak mengeluarkan kenyataan dan turut mempersoalkan tindakan David yang menghebahkan perkara itu kepada umum.

“Saya terkejut kerana kes ini sudah berjalan sejak 2020. Semasa pusingan pertama dan keputusan memihak kepada saya, tapi tak ada buat apa-apa kenyataan sebab ia berbalik kepada matlamat untuk menjaga nama baik industri.

“Bila tiba-tiba keluar, saya tertanya-tanya juga kenapa ia muncul semula,” katanya.

Enggan terus berbalah, pelakon drama, Kampung People, itu terbuka berdamai dan menyelesaikan perkara itu secara profesional.


“Saya bersalam dengan David semasa di mahkamah. Saya okey sahaja dengan dia. Tak ada simpan dendam atau apa sebab dunia ini kecil sahaja.

“Saya tak mahu buat benda tak baik kepada orang kerana kita akan berjumpa semula.

“Kita semua mesti nak selesaikan benda ini dengan baik. Apa sahaja perintah mahkamah, saya turutkan. Saya tak pernah mengelak,” katanya semasa pihak akhbar menemui beliau di Majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2024 pada 29 Februari.

Dalam pada itu, Hun turut mengakui isu itu memberi kesan kepada emosi dan kesihatan mentalnya.

“Sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai kesihatan mental yang terganggu. Sewaktu fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita tak boleh buat apa-apa dan pada masa yang sama, kena saman.

“Sedikit sebanyak rasa terkilan sebab saya cuma nak mengharumkan nama industri sebab ada banyak potensi. Kita ada banyak platform dan sebagainya.

“Tapi, hujung-hujung, kita tikam sesama sendiri, sedangkan boleh bantu naikkan satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, David mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan pelakon itu diperintahkan membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >