Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelawak pun boleh pegang watak serius: Siti K

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Lakonan komedi begitu sinonim dengan pemenang Anugerah Seniman Muda, Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Siti Khalijah Zainal atau nama pentasnya Siti K.

Bagaimanapun, apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Terbaik Dalam Watak Komedi bagi Pesta Perdana 2023, Siti Khalijah rasa terharu sebab beliau tidak mengharapkan kemenangan dalam kategori yang penuh dengan pelawak mahupun pelakon berbakat dan legenda seperti Allahyarham Alias Kadir, Ahmad Stokin dan Era Farida serta rakan teater yang seangkatan dengannya, Haryani Othman.

Siti Khalijah, 38 tahun, yang tidak dapat hadir kerana berada dalam pementasan Wild Rice Singapore, Hotel, menang bagi Snip & Snappy!


Ketika dihubungi Berita Minggu, Siti Khalijah berkata:


“Ini adalah kemenangan yang sangat bermakna. Sebelum ini, pernah dicalonkan untuk kategori pelakon pembantu. Walaupun orang tahu saya dah lama berkecimpung dengan bidang lakonan dan biasanya membawa watak komedi, ia lebih pada dunia pentas atau teater.

“Di televisyen, saya masih anggap diri saya agak baru dan masih ‘baby’ lagi berbanding legenda seperti Abang Ahmad Stokin, Abang Alias Kadir dan Kak Era Farida. Mereka mengajar saya erti tiada lama, tiadalah yang baru. Adanya kategori ini merupakan satu pengiktirafan buat pelawak kita khususnya yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.

Snip & Snappy pula merupakan rancangan komedi yang dirakam sewaktu pandemik Covid-19. Lebih setengah tahun pada ketika itu, pelakon pentas seperti saya mengalami masalah pendapatan yang terjejas sebab sekatan pandemik tidak membolehkan kami mengadakan pementasan untuk awam.


“Jadi apabila dilibatkan dalam program ini, saya bersyukur ada projek untuk diusahakan walaupun ia kali pertama saya berada dalam set di mana kita perlu berjaga-jaga apabila berinteraksi, menunggu di tempat khusus apabila babak kita belum bermula dan menggunakan pelitup sewaktu penggambaran.

“Lebih penting, ia program untuk melegakan dan menceriakan situasi apabila keadaan begitu mengongkong pergerakan. Nak selalu ketawa pokoknya.”

Menyingkap penglibatannya dalam dunia lakonan, Siti Khalijah berkata penting untuk mengetengahkan diri juga sebagai pelakon serba boleh yang bukan sahaja tertumpu pada lakonan genre komedi. Beliau berpeluang melakonkan watak seorang ibu dengan masalah rumah tangga dan anak remaja di mana beliau bergandingan dengan Ahmad Stokin selaku ayahnya dalam telefilem Hari Ibu, Stigma Lea.


“Saya bersetuju dengan Abang Ahmad Stokin bahawa kami yang sinonim dengan watak humor ni perlu juga diberi pendedahan dan peluang berlakon dalam drama serius. Itulah kali pertama saya bergandingan dengan Abang Ahmad dan beliau juga baru mengenali saya di set tersebut.

“Kami berkongsi pendapat bahawa kami juga ingin dilihat sebagai pelakon yang boleh bawa watak komedi dan mampu hidupkan watak serius dengan pergolakan emosi. Di teater, watak berat yang serius pernah saya bawa tetapi di televisyen, kebiasaannya watak kelakar diberi kepada saya.

“Alhamdulillah, Stigma Lea pembuka jalan untuk saya ketengahkan sisi saya yang lain pula walaupun saya akur komedi menguji saya berfikir secara spontan dan selamba,” ujar Siti Khalijah lagi.


Kemenangannya pada Pesta Perdana juga membuatkan rakan lain yang dikenali dalam bidang teater seperti Hossan Leong dan Siti Hajar Gani tumpang bangga dan gembira. Mereka pula yang mengumumkan namanya.

“Saya sibuk berlakon pentas pada masa pengumuman dibuat. Selepas tamat pementasan, rakan-rakan dalam Hotel turut meraikan. Saya pula lupa dan hairan mengapa mereka kecoh benar. Rupanya kerana kemenangan Pesta Perdana,” tambahnya.


Komedi baginya bukan terbatas kepada pelakon lelaki sahaja yang mampu menghidupkannya dengan baik dan selamba sebab pelakon wanita dengan cara tersendiri juga boleh menyisipkan humor bermakna yang sampai ke hati penonton.

“Komedi ni bebas. Lelaki atau perempuan dan tak kisah usia boleh menyalakan semangat untuk menceriakan orang lain dengan lawak jenaka yang kadangkala boleh juga memberi nasihat dan teguran membina,” tambahnya.

Siti Khalijah mendapati dunia lakonan yang diceburi bukan sahaja menghiburkan orang ramai tetapi mampu mendidik mereka tentang sejarah Singapura sepertimana yang disampaikan dalam Hotel, naskhah yang menarik kerana ia menjejak kisah Singapura dari 1915 hingga 2015 dalam bilik hotel yang sama.


“Sebagai contoh pada 1945, berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua...bilik hotel itu digunakan sebagai ruang perbincangan strategi askar Jepun,” ujar Siti Khalijah.

Impiannya dalam bidang seni sentiasa ditebar untuk mencuba sesuatu yang baru dan bernafaskan positiviti kerana jauh di sudut hati Siti Khalijah, amanahnya sebagai pelakon yang mampu menjana semangat baru buat penonton harus diteruskan. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >