Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Ketahui apa yang disuap semasa sambut Aidilfitri

Apr 08, 2024 | 05:31 AM



DR SHARIFFA SYAHIDAH CHISHTY

Hari Raya Aidilfitri adalah detik gembira bagi semua umat Islam.

Ia merupakan masa untuk melahirkan kesyukuran dan menguatkan ikatan kemasyarakatan bagi semua umat Islam.

Meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan merupakan aspek asas dari segi keimanan kita dan hubungan kita antara manusia.

Sentimen kesyukuran bukan sahaja memperkaya daripada sudut rohani, bahkan mampu meningkatkan kesejahteraan dalam seluruh kehidupan, memupuk kepuasan dan kesempurnaan. 

Salah satu cara untuk memupuk rasa bersyukur adalah melalui kurniaan-Nya iaitu melalui hubungan kita dengan makanan.

Di Singapura, kita sangat bertuah kerana tidak berlaku kekurangan makanan.

Makanan


Makanan satu keperluan, menyihatkan badan dan mampu menyatukan kaum keluarga dan rakan-rakan agar dapat saling bermesra dalam musim perayaan.

Dalam musim perayaan seperti Hari Raya, memang agak mudah untuk berasa tertarik dengan makanan.

Adalah wajar untuk kita mengamalkan tabiat memperoleh keseimbangan dan meningkatkan kesedaran diri. 

Dengan mengamalkan kesederhanaan, kita dapat menghargai keenakan makanan secara menyeluruh, di samping meningkatkan pengalaman dengan makanan.

Kita juga akan lebih teliti dalam pemilihan pemakanan di sekeliling kita, memilih makanan yang mampu menyihatkan badan selain menggalakkan kesejahteraan secara keseluruhan.

Badan juga akan mengimbau kembali tabiat baik yang menjadi amalan sepanjang Ramadan, seperti makan dalam jumlah yang sedikit pada satu-satu masa, berjalan-jalan selepas makan dan makan makanan yang berkhasiat.

Berikut empat langkah yang boleh diamalkan semasa makan pada Hari Raya.

Makan secara sedar

Apabila kita makan dengan kesedaran, kita dapat meneliti jenis makanan yang disentuh oleh jari-jemari dan dirasai lidah. Ini melibatkan penggunaan deria.

Perhatikan warna-warni kuih lapis atau corak berlainan pada kuih tart. Perhatikan harum bau kuih-muih, rasa manisnya dan kelembapan di tangan.

Bagaimana inti gula melaka ‘meletus’ di dalam mulut dengan setiap suapan dan kegembiraan yang menyelubungi diri ketika menikmati hidangan kegemaran sewaktu Hari Raya.

Dalam masa yang sama, kita menghargai orang yang disayangi ketika mengenangkan usaha, masa dan kasih sayang yang dicurahkan demi menyiapkan hidangan itu.

Dengan adanya kesedaran dan penghargaan, akan timbul pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan.

Makan secara perlahan

Apabila kita mengambil masa untuk makan, kita dapat menikmati rasa bahan-bahan makanan dengan lebih teliti.

Perhatikan potongan cili merah di dalam lontong, bau sitrus serai atau kerangupan sayur-sayuran di dalam laksa.

Ia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk perut memberi ‘maklum balas’ kepada otak bahawa kita sudah kenyang.

Oleh itu, pastikan kita makan sekurang-kurangnya 20 minit, tidak terlalu singkat atau terlalu lama.

Elakkan daripada makan secara tergesa-gesa makan. Sebaliknya, berhenti sebentar dan kunyah dengan lebih lama untuk merasai makanan dengan sepenuhnya.

Dengan itu, kita dapat tumpukan perhatian kepada masa makan dan saling berhubungan dengan makanan.

Dengar isyarat badan

Kita juga digalak supaya mendengar isyarat badan dan menumpukan perhatian kepada isyarat lapar dan kenyang. Makan apabila kita lapar dan berhenti apabila kenyang.

Kadangkala tidak mudah untuk menolak ‘pelawaan untuk menjamah makanan’ terutama sekali apabila kita mengunjungi saudara-mara semasa Hari Raya.

Pelbagai hidangan pula sudah disediakan untuk kita sekeluarga.

Usah khuatir. Kita boleh bermula dengan mengambil hidangan yang berbeza dalam jumlah yang kecil dahulu. Kongsi makanan dengan orang lain, gunakan pinggan atau mangkuk kecil supaya ia mengehadkan jumlah makanan yang kita ambil.

Satu lagi cara ialah dengan membuat perancangan semasa berkunjungan.

Jangan lupa untuk bersarapan ringan jika kita merancang untuk mengunjungi banyak rumah pada hari itu. Dengan itu, kita boleh mengelakkan diri daripada makan terlalu banyak semasa berkunjungan.

Selain memberi perhatian kepada isyarat lapar dan kenyang daripada badan, kita juga harus makan dalam persekitaran yang tenang.

Oleh kerana terdapat ‘kekecohan’ semasa musim perayaan, kita boleh mengurangkan gangguan semasa makan seperti tidak menonton televisyen atau menatap telefon bimbit.

Berikan tumpuan kepada diri jika berinteraksi atau ingin berbual dengan orang di sekeliling.

Kesedaran itu menggalakkan kita untuk menyesuaikan diri dengan isyarat badan – mencegah diri daripada mengambil makanan atau minuman secara berlebihan.

Ini akan memastikan kita juga tidak mengalami masalah penghadaman seperti senak atau refluks asid semasa Hari Raya, yang biasa berlaku semasa musim perayaan.

Kita juga digalakkan untuk tetap bergerak agar kekal aktif. 

Pilih makanan sihat

Selain daripada membincangkan tentang cara kita makan, kita juga harus berhati-hati dengan apa yang kita makan, untuk mengurangkan masalah penghadaman.


Contohnya, kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak serta minuman berkarbonat. 

Juadah seperti lontong atau laksa, walaupun tampak berisi sayur-sayuran ala vegetarian, kuahnya berlemak dan berminyak.

Kita boleh kurangkan bahagian kuah tetapi perbanyakkan sayur-sayurannya.

Memakan lebih banyak bijirin juga dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Dengan itu, ia tidak akan turun naik dengan cepat, yang boleh menyebabkan kita rasa lebih letih.

Sambil kita menikmati suasana musim perayaan, ayuh renungkan juga limpahan berkat dalam kehidupan, saling memupuk rasa syukur yang lebih mendalam.

Sambil kita bersyukur kepada Allah swt atas limpah kurnia-Nya, kita juga memohon agar diringankan penderitaan saudara Islam kita yang kurang bernasib baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >