Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Usah sampai ‘mood’ Raya terganggu dek tidak jaga kesihatan

Apr 08, 2024 | 05:31 AM



Hanya berbaki beberapa hari lagi umat Islam di negara ini bakal menyambut Aidilfitri.

Dalam ke­gembiraan musim perayaan, kita perlu menitikberatkan kesihatan.

Seminggu sebelum Aidilfitri biasanya merupakan waktu yang sangat sibuk bagi umat Islam dan persiapan untuk majlis itu hanya bertambah apabila bulan Ramadan berakhir. 

Hari Raya Aidilfitri dilihat sebagai perayaan selama sebulan dan biasanya melibatkan tradisi kunjung-mengunjungi dan rumah terbuka.

Ramai dapat rawatan
selepas Hari Raya

Bagi pesakit kencing manis, keseronokan menikmati hidangan Hari Raya kerap disertai dengan kebimbangan kesannya terhadap kesihatan mereka.

Setiap tahun, selepas sambutan Hari Raya, ramai pesakit kencing manis mencari rawatan.

Ketidakseimbangan dalam corak pemakanan sering menjadi punca utama kedatangan pesakit kencing manis ke klinik.

Ramai daripada mereka cenderung mengabaikan diet seimbang semasa musim perayaan, memilih hidangan yang tinggi gula, lemak, garam, dan karbohidrat.

Kegembiraan menikmati hidangan tersebut kadang-kadang membuat pesakit terlupa mengambil ubat yang telah ditetapkan.

Jika pemakanan tidak terkawal, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bagi pesakit kencing manis.

Oleh itu, penting bagi pesakit kencing manis mengawal pemakanan mereka dan mematuhi jadual pengambilan ubat yang telah ditetapkan oleh doktor.

“Menjaga pemakanan yang seimbang dan mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat adalah penting untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang tidak diingini.

Elak makan berlebihan

Elak pengambilan makanan berat dan bergula selain memastikan jumlah makanan yang diambil sedikit dan merupakan makanan yang dianggap sihat.

Elakkan seperti mengambil 10 cucuk sate atau ‘pinggan penuh’ kerana banyak lagi rumah terbuka kedua hingga keempat yang perlu dikunjungi.

Usah berbangga dengan istilah seperti ‘kumpul lemak lagi’ hanya kerana menyambut Lebaran.

Ini kerana satu bekas biskut kecil berukuran satu liter boleh memuatkan hingga 50 keping tart nanas.

Dengan setiap tart mengandungi 40 kalori, ini bermakna terdapat 2,000 kalori, iaitu tahap maksimum harian bagi seorang lelaki dewasa.

Ini hanyalah kunjungan beraya ke sebuah rumah berdasarkan anggaran yang diberikan.

Menurut pemerhatian, kecenderungan untuk mengambil hidangan berlemak dan berkalori tinggi semasa sambutan Hari Raya masih menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat.

Ini menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan dan kecergasan individu.

Oleh itu, kesedaran akan pemakanan seimbang dan sihat perlu ditingkatkan agar dalam menikmati perayaan, aspek kesihatan tidak diabai.

 Cuaca panas 

Walaupun cuaca panas melampau melanda, ramai yang terus mengabaikan kesan negatifnya dan menganggapnya lebih baik daripada hujan yang mungkin menyukarkan pergerakan.

Namun, perlu diingat bahawa cuaca panas yang terlalu ekstrem boleh membahayakan kesihatan.

Ancaman cuaca panas bukanlah perkara remeh. Ia boleh menyebabkan dehidrasi dan dalam kes yang terburuk, serangan strok haba.

Oleh itu, penting untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

Pakar kesihatan menasihatkan agar orang ramai memakai pakaian yang selesa dan longgar serta mengehadkan kegiatan di luar rumah semasa cuaca panas.

Amalan meminum air secukupnya juga sangat ditekankan, kerana pengeluaran peluh yang banyak semasa cuaca panas boleh mengakibatkan kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang menghidap migrain, cuaca panas boleh memicu serangan sakit kepala yang kerap dan berpanjangan.

Oleh itu, kepekaan terhadap keadaan cuaca perlu ditingkatkan dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan risiko kesihatan yang berkaitan.

Kekal bersenam

Selepas sebulan mengurangkan kegiatan senaman yang ketat, permulaan Hari Raya adalah masa terbaik untuk mendapatkan kembali momentum untuk bersenam. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri sering disertai dengan hidangan lazat dan kaya kalori.

Namun, selepas meraikan dengan keluarga dan sahabat, penting untuk tidak melupakan pentingnya bersenam.

Jika tidak, risiko perut ‘boroi’ atau buncit akan meningkat. Menjaga tubuh yang sihat bukan sahaja memberi manfaat fizikal, malah memberi kesan positif kepada minda.

Kebiasaan bersenam membantu meningkatkan sistem imun tubuh dan menjaga kesihatan jantung. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan tahap kecerdasan mental.

Bagi mereka yang mungkin sulit mencari masa untuk bersenam, langkah kecil seperti berjalan kaki selepas makan atau menyertai permainan bersama keluarga juga merupakan cara yang baik untuk aktif secara fizikal.

Jadi, ingatlah pesanan penting agar bersenam untuk kekal sihat dan cergas, supaya dapat menikmati sambutan Hari Raya dengan lebih bertenaga dan ceria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >