Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Isu sejadah mini: Adun Johor gesa pihak berkuasa siasat pasar raya, pembekal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Isu sejadah mini: Adun Johor gesa pihak berkuasa siasat pasar raya, pembekal

Apr 15, 2024 | 12:00 PM



JOHOR BAHRU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat kecuaian sebuah pasar raya di Batu Pahat dan syarikat pembekal sehingga tercetusnya polemik sejadah mini tertera gambar Kaabah yang disalah anggap sebagai alas kaki.


Adun Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad, berkata kecuaian berkenaan bukan sahaja mengganggu-gugat masyarakat, malah menyebabkan polemik berpanjangan.

Malah katanya, pasar raya berkenaan juga bukan saja tidak meminta maaf mengenai kecuaian pelabelan produk sehingga mencetuskan salah faham itu, bahkan menyalahkan pengguna yang memuat naik gambar sejadah mini yang sebelum itu dilabel sebagai produk lain.

“Pengurusan pasar raya berkenaan tidak bertanggungjawab apabila langsung tidak membuat permohonan maaf dan menyesali atas kesalahan mereka selepas tersilap melabel produk itu di rak jualan.

“Tindakan pasar raya terbabit menyalahkan pengguna prihatin pula dilihat sebagai jalan keluar mudah selepas mereka mencetuskan isu berkaitan sensitiviti masyarakat akibat kesilapan mereka sendiri.

“Oleh itu, saya cadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menggantung sementara operasi pasar raya dan pembekal bagi menyiasat sama ada insiden ini disengajakan dan sebagai pengajaran isu seperti ini tidak berulang.

“Jika PBT dan kerajaan Johor boleh bertindak tegas terhadap cawangan kedai serbaneka yang sebelum ini terpalit isu stoking tertera kalimah Allah, isu ini juga perlu pendekatan tegas sama,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada 13 April, ‘alas kaki’ tertera gambar Kaabah yang dilaporkan dijual di sebuah pasar raya di Johor yang tular menerusi klip video di media sosial beberapa hari lalu, sebenarnya adalah sejadah mini.

AEON BiG (M) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menyedari perkongsian di media sosial berhubung sejadah mini yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

Sebelum itu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dilaporkan merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah berkenaan, sehari sebelum Aidilfitri iaitu 9 April.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, dilaporkan berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya itu yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >