Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Jangan kait istana kes serangan pemain bola sepak: Polis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Jangan kait istana kes serangan pemain bola sepak: Polis

May 10, 2024 | 01:04 PM



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan spekulasi dengan mengaitkan institusi istana dalam kes serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan baru-baru ini.


Beliau berkata sehingga kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menyiasat motif sebenar kejadian serangan dan samun terhadap Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Tan Sri Razarudin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan yang ditimbulkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab dalam media sosial yang seolah-olah sudah mengetahui motif kejadian itu dengan fitnah tidak benar dan tidak berasas.

“Bila ada yang menyebut kononnya ada pembabitan pihak istana dalam kes ini, ini adalah benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku disebabkan kita (polis) sendiri belum dapat motif sebenar.

“JSJ juga masih bertungkus-lumus menyiasat perkara itu dan Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sendiri sudah turun ke tempat kejadian serangan terhadap Faisal di pusat beli belah di Damansara,” katanya lapor Harian Metro.


“Sekarang ini pihak tidak bertanggungjawab termasuk laman telegram Edisi Siasat (ES) seolah-olah sudah menyelesaikan dan menjatuhkan hukuman sendiri dengan membuat spekulasi dan fitnah yang dia dapat daripada mana pun kami tidak tahu.”

Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya dan memandang serius beberapa insiden menimpa pemain bola sepak negara termasuk Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Dalam insiden 2 Mei lalu, Akhyar, pemain kebangsaan daripada pasukan Terengganu FC, disamun dan diserang di kawasan rumahnya di Kuala Terengganu.

Pada 5 Mei, Faisal, tonggak Selangor FC, mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Selangor, manakala pada 7 Mei, pemain bola sepak JDT, Safiq Rahim, diserang dua lelaki yang menaiki motosikal. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >