Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa pecah amanah, tipu & ubah wang haram RM39.5j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa pecah amanah, tipu & ubah wang haram RM39.5j

Feb 15, 2024 | 04:01 PM



SHAH ALAM: Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) adalah antara tiga lelaki yang didakwa atas 164 tuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit pengubahan wang haram keseluruhan berjumlah RM39.5 juta ($11.13 juta), di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 15 Februari.


Semua 164 pertuduhan itu dibacakan lebih dua jam oleh jurubahasa di depan Hakim Datuk Anita Harun membabitkan tertuduh, Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58 tahun, dan CEO, Awang Suffian Awang Piut, 52 tahun, serta pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49 tahun.

Bagaimanapun, mereka tidak mengaku bersalah atas tuduhan.

Bagi kesalahan pecah amanah, Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing didakwa atas 52 tuduhan sebagai Pengarah Samudra Champa Sdn Bhd (Samudra Champa) yang diamanahkan dengan harta milik Aman Palestin iaitu wang RM20.9 juta.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM), Abdullah Zaik dan Awang Suffian juga didakwa secara bersama bagi 19 tuduhan lain iaitu dengan memperdayakan Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin agar menyerahkan wang RM39.15 juta kepada syarikat yang sama.


Ia bagi pembelian emas sedangkan harga pembeliannya lebih rendah iaitu RM33.39 juta. Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin Berhad tidak akan menyerahkan wang jika tidak diperdayakan sedemikian oleh kedua-dua tertuduh.

Abdullah Zaik dan Awang Suffian juga masing-masing berdepan 19 tuduhan lagi sebagai pengarah syarikat terbabit menggunakan hasil daripada kegiatan haram iaitu wang sejumlah RM12.8 juta.

Ia sebagai bayaran bagi pembelian sebuah rumah, rumah kedai, lot tanah, lot kedai, kilang pejabat berkembar dan sebuah kereta Toyota Vellfire bagi pihak Samudra Champa.


Sementara itu, Khairudin sebagai pengarah syarikat sama didakwa atas tiga tuduhan menggunakan hasil kegiatan haram membabitkan wang RM6 juta sebagai bayaran bagi pembelian lot kedai, rumah kedai dan kilang pejabat berkembar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa bank di Bandar Baru Bangi dan Kajang, Selangor, antara 1 Jun 2018 dengan 3 Mei 2023.

Hakim Datuk Anita kemudian membenarkan Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing diikat jamin bon RM1 juta dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, manakala bon jaminan RM200,000 bagi Khairudin dengan syarat yang sama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap Aman Palestin pada November 2023, susulan pelaburan meragukan oleh pertubuhan amal itu yang menggunakan dana sumbangan orang ramai yang kemudian membawa kepada pembekuan akaun bernilai RM15.8 juta.

Pertubuhan itu turut disiasat mengenai pelaburan jongkong emas yang didakwa sebagai kaedah untuk menghantar bantuan kepada Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di beberapa negara termasuk Palestin dan Syria.

Aman Palestin ialah sebuah syarikat tidak berteraskan keuntungan yang ditubuhkan bagi membantu rakyat Palestin, menyalurkan bantuan dan sumbangan wang tunai orang awam kepada penduduk di Gaza dan Tebing Barat melalui pejabatnya di Palestin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >