Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bas alami masalah brek rempuh 11 kenderaan di Batu Pahat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bas alami masalah brek rempuh 11 kenderaan di Batu Pahat

Apr 18, 2024 | 06:18 PM



BATU PAHAT: Bunyi seakan-akan ribut disusuli dentuman kuat, antara pengalaman ngeri dilalui seorang pemandu lori ketika turut menjadi mangsa kejadian bas merempuh 11 kenderaan di satu persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat, Johor, dekat sebuah hospital swasta, pagi 18 April.

Nahas jam 10.20 pagi itu yang berlaku di Jalan Tan Swee Hoe, Jalan Kluang, dipercayai berpunca daripada bas milik Kolej Vokasional Batu Pahat, yang mengalami masalah brek, sebelum merempuh kenderaan sedang menunggu lampu isyarat, lapor Berita Harian Malaysia.


Kemalangan itu juga menyebabkan sebahagian besar kenderaan termasuk kereta mewah Mercedes Benz mengalami kerosakan teruk.







Menceritakan kejadian itu, mangsa Encik Suherman Saim, 40 tahun, berkata sebelum kejadian, beliau ketika itu memandu lori satu tan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Parit Raja.

Katanya, ketika itu keadaan tenang dan beliau yang memandu lori dengan muatan papan tanda, berada di lorong kiri bersama beberapa kenderaan lain berikutan lampu isyarat masih merah.

“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi sesuatu. Ingatkan ribut, saya pandang melalui cermin belakang dan lihat bas. Kemudian, dentuman kuat kedengaran dan beberapa kenderaan kelihatan seperti ‘rojak’ selepas dirempuhnya,” katanya.

“Ketika itu, saya sempat elak ke tepi jalan, namun belakang lori pula dirempuh kenderaan lain yang turut terbabit dalam kemalangan.

Dalam pada itu, pemandu bas yang enggan dikenali berkata, beliau sudah habis menekan brek bas sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Malangnya, disebabkan brek bas mengalami kerosakan, kenderaan dipandu lelaki berusia 50-an itu meluncur dan merempuh beberapa kenderaan lain.

“Bas ini sudah berusia 26 tahun, ada kalanya dihantar untuk selenggara. Sebelum ini, bas ini kerap alami kerosakan walaupun diselenggara,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Kluang dari kedua-dua arah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 10.30 pagi.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua lori dan sembilan kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan sebuah bas dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang, hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

“Bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, namun kemalangan itu hanya membabitkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >