Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

WAKAF MASYARAKAT SINGAPURA

'Miliki harta tidak bercanggah dengan Islam'

Feb 12, 2023 | 05:30 AM



HARTA kekayaan bukanlah sesuatu yang dibenci atau dimusuhi oleh agama.



Penceramah bebas dan pengasas IlmHub, Ustazah Shameem Sultanah, berkata kesenangan hidup dengan memiliki harta yang banyak bukanlah sesuatu yang salah dan bercanggah dengan Islam.



Ketika menyampaikan tajuk 'Tak Salah Menjadi Muslim Yang Kaya: Perspektif Islam Tentang Mengumpul Harta', Ustazah Shameem berkata kekayaan harta dan kemewahan dunia adalah antara sebahagian nikmat Allah swt yang dikurniakan untuk hamba-Nya.



Ketika menyampaikan ceramah di Seminar 'Perancangan Harta dan Legasi Islam' (Rancangkan Akhirat, Manfaatkan Masyarakat) baru-baru ini, Ustazah Shameem menyeru agar berusaha menjadi kaya kerana dengan kekayaan tersebut juga, seseorang akan dapat memberi manfaat semula kepada umat.



Menurutnya orang Islam yang kaya pasti mempunyai lebihan pendapatan, sekali gus memerlukan mereka melaksanakan ibadat dengan menggunakan modal harta itu.



Antaranya, menunaikan kewajipan zakat harta supaya dapat diagihkan kepada asnaf memerlukan.



Hartawan Muslim juga perlu memperbanyakkan sedekah dan wakaf agar manfaatnya dapat dinikmati oleh golongan yang memerlukan tetapi tidak layak menerima zakat.



Malahan ruang untuk melakukan sedekah jariah ataupun wakaf cukup luas hingga merangkumi pelbagai keperluan kehidupan manusia.



Malah orang ramai boleh menimbangkan wakaf tunai - wakaf yang diterima dalam bentuk wang tunai daripada orang ramai dan akan digunakan untuk kebajikan masyarakat seperti pembinaan masjid, pembangunan madrasah dan sebagainya.



Ustazah Shameem turut menukil surah Al-Baqarah: 274 yang membolehkan umat melakukan ibadah menerusi harta yang bermaksud:



"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.''



Sejarah juga menurut beliau telah merakamkan kisah bagaimana kekayaan yang dimiliki para sahabat Nabi seperti Saidina Uthman bin Affan ra, seorang tokoh korporat yang telah banyak menginfakkan hartanya ke jalan Allah swt.



Kekayaan yang dimiliki beliau telah membuatkan dirinya membeli telaga air yang asalnya kepunyaan seorang Yahudi, dan menjadikan telaga tersebut sebagai wakaf umat Islam.



"Oleh itu, carilah harta kekayaan sesuai dengan hakikat dunia yang tidak kekal ini. Berusaha lah menjadi kaya kerana dengan kekayaan tersebut juga, kita akan dapat memberi manfaat semula kepada umat.



"Orang Islam sendiri, apabila faham apa mesej yang disampaikan oleh Quran, Hadis, dan juga pengajaran dari kisah Nabi Muhammad saw dan para sahabat, mereka akan tahu betapa pentingnya untuk menjadi kaya.



"Nabi Muhammad saw pernah miskin dan pernah kaya. Yang lebih lama adalah kaya berbanding miskin. Namun sejarah yang lebih diceritakan adalah bahagian miskin.



"Nabi Muhammad saw berdagang sehingga ke luar negara. Pada zaman ini, hanya orang kaya sahaja yang berniaga sehingga ke luar negara. Jika zaman dahulu sudah pun berniaga merentas negara, itu bermakna mereka berganda ganda jauh lebih kaya,'' ujar Ustazah Shameem.




Antara sahabat dan isteri Rasullulah yang kaya, dermawan tidak lelah berwakaf



KHADIJAH BINTE KHUWAILID



● Nabi Muhammad saw pernah miskin dan pernah menjadi seorang pendagang yang sukses. Baginda adalah seorang yang berdagang sehingga ke luar negeri Arab. Namun sejarah yang lebih diceritakan adalah bahagian miskin.



● Setelah bernikah dengan Khadijah ra, seorang pedagang yang kaya, harta yang mereka perolehi digunakan untuk membantu yang lebih susah.



● Setelah datangnya Islam, harta mereka dibelanjakan di jalan Allah.



ABU BAKR AS-SIDDIQ



● Beliau adalah sahabat Nabi yang paling Nabi sayang. Beliau adalah lelaki pertama yang memeluk Islam.



● Abu Bakar telah menggunakan kekayaannya untuk memerdekakan ramai hamba sahaya yang dizalimi dan tidak dapat membela diri mereka. Di antara hamba sahaya yang dimerdekakannya adalah Bilal ibn Rabah ra.



● Beliau sangat yakin dengan ajaran Islam malah sanggup membebaskan hamba-hamba sahaya dengan harga yang tinggi.



ABDUR RAHMAN IBN 'AUF



● Sahabat yang paling kaya dan mahir dalam bidang bisnes. Beliau sangat dermawan.



● Abdur Rahman memberikan harta untuk disumbangkan ketika Peperangan Tabuk. Pada saat itu beliau mempunyai 4,000 dinar. 2,000 miliknya diberikan untuk Islam dan sisanya diberikan untuk keluarganya.



● Sebelum wafat, 'Abdur Rahman memberikan wasiat untuk memberikan hartanya sebanyak 400 dinar kepada setiap 100 orang yang mengikuti perang Badar yang masih hidup.



THALHAH IBN UBAYDILLAH



● Thalhah bin Ubaidillah ialah seorang yang sukses dalam bisnes dari umur yang sangat muda.



● Harta yang beliau miliki tidak membuatnya menjadi sombong malah lebih dermawan dan membantu menyebarkan agama Islam dengan hartanya.



● Thalhah termasuk sahabat yang suka bersedekah, bahkan ada sebuah cerita Thalhah memberikan hartanya dengan keliling kota dari malam hari hingga siang di hari selanjutnya.



AZ-ZUBAYR IBN AL-'AWWAM



Dari az-Zubair bin al-'Awwam bahawa Rasulullah saw bersabda:



"Sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu mengambil talinya lalu membawa seikat kayu bakar di atas belakangnya, kemudian dia menjualnya sehingga dengannya Allah menjaga wajahnya (kehormatannya), itu lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang lain, sama ada mereka memberinya atau tidak memberinya. " (Riwayat Al-Bukhari)



SA'AD IBN ABI WAQQASH



Daripada Saad bin Abi Waqqas ra: Aku telah berkata: "Ya Rasulullah, Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?" Rasulullah saw menjawab: "Tidak boleh"



Aku bertanya lagi: "Bagaimana dengan separuh daripadanya?" Rasulullah saw menjawab: "Tidak boleh" Aku bertanya lagi: "Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?"



Rasulullah saw menjawab: "Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggal warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia". (Riwayat Al-Bukhari 2742]



Harta Untuk Keluarga



Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda:



"Dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu."



[Riwayat Muslim]



'UTHMAN IBN 'AFFAN



● Uthman ra adalah nama yang sering disebut sebagai teladan tatkala kita membicarakan soal wakaf.



● Beliau sanggup membeli telaga dan diwakafkan untuk kegunaan penduduk Madinah tatkala berlaku bencana kekeringan di kota berkenaan.



● Akhirnya, tumbuh ladang-ladang kurma di sekeliling telaga tersebut. Ladang kurma tersebut masih menghasilkan pendapatan hingga ke hari ini. Bayangkan betapa besarnya pahala yang mengalir untuk Uthman bin Affan walaupun sudah tiada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >