Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tenaga di belakang tabir Masjid Khalid

Sejak dibuka semula pada April selepas menjalani kerja ubah elok sejak 2019, Masjid Khalid mula dibanjiri ribuan jemaah. Masjid yang terletak di Joo Chiat Road itu kini mampu menampung sehingga 1,750 jemaah berbanding 1,000 orang sebelum ini. BERITA HARIAN paparkan antara mereka yang terlibat di belakang tabir masjid berusia lebih 100 tahun itu. Orang kuat masjid, Alla'udin Mohamed, sudah hampir 5 dekad tabur bakti pada masjid
May 12, 2023 | 05:30 AM



Namanya sinonim dengan bubur, beriani Masjid Khalid



NAMA Encik Alla'udin Mohamed sememangnya sinonim dengan segalanya yang berkaitan Masjid Khalid.



Apakan tidak - selama hampir 50 tahun beliau menabur bakti kepada masjid itu dan setiap kali Ramadan menjelang, nama beliau dikaitkan dengan bubur dan beriani Masjid Khalid.



Encik Alla'udin, 70 tahun, telah melibatkan diri dengan Masjid Khalid sejak zaman remaja.



Daripada kerja-kerja seperti mengangkat dan membentang tikar, membantu di dapur untuk menyediakan juadah, selain membantu dalam kerja-kerja lain di masjid, Encik Alla'udin kini merupakan pengerusi di masjid yang berusia 106 tahun itu, sejak 2003.



"Kali pertama saya ceburkan diri dalam masjid ini sebagai sukarelawan, tandasnya masih lagi 'tandas angkut'. Pada masa itu, tidak ramai anak muda yang ceburi sebagai relawan masjid.



"Masjid Khalid ketika itu dianggotai warga yang lebih matang dan veteran, tapi memandangkan saya berminat benar untuk terlibat dalam kerja-kerja sukarela di masjid, saya pun beranikan diri untuk mendampingi anggotanya.



"Kebetulan saya seseorang yang tiada masalah untuk beramah mesra dan berbual dengan warga senja," tambahnya.



Sehingga masuk zaman remajanya, Encik Alla'udin giat menceburi kegiatan di masjid tersebut meskipun ketika itu beliau sudah berjinak-jinak dalam kerjaya sebagai usahawan.



Masjid di Joo Chiat Road itu mula beroperasi semula sejak Januari 2023 selepas dinaik taraf dan kini berupaya menampung 1,750 jemaah berbanding 1,000 sebelum ini.



Kerja naik taraf masjid dilancar Presiden Halimah Yacob pada Julai 2019 sempena Cabaran Presiden Beriani Amal - acara pengumpulan dana tahunan masjid itu.



Projek itu membabitkan kos sebanyak $7.5 juta, disokong derma oleh masyarakat dan $1 juta oleh Dana Pembangunan Masjid dan Mendaki.



Menceritakan perjalanan hidupnya, bapa lima anak yang sudah bergelar datuk itu bermula dalam perniagaan ubah elok sebelum beralih kepada sektor jual beli alat ganti kereta, selain menjual kereta baru dan terpakai, dan menyediakan khidmat penyenggaraan kereta menerusi sebuah bengkel.



Kini beliau masih lagi aktif sebagai usahawan hartanah di Indonesia dan Malaysia.



"Namun kerja sukarela saya berjalan terus, meskipun kadangkala memang saya sibuk jalankan kerja harian.



"Bagi saya, bukannya wang, populariti atau kemuliaan yang dikejarkan.



"Yang penting bagaimana hubungan saya dengan masyarakat sekeliling terutama menerusi khidmat kepada jemaah... itu yang paling penting," tambahnya.



Ditanya tentang kaitannya dengan bubur dan beriani Masjid Khalid, Encik Alla'udin menceritakan yang beliau tidak pernah lalui sebarang kelas memasak sebelum ini.



Senang kata, beliau belajar menyediakan bubur masjid menerusi kerja sukarela selama bertahun lamanya.



Menurutnya setiap kali Ramadan menjelang, beliau merupakan antara relawan yang sama-sama menyingsing lengan di dapur untuk sediakan juadah bubur.



Lama-kelamaan beliau diberi kepercayaan memimpin kumpulan relawan yang menyediakan bubur masjid.



Bagi sajian beriani pula, beliau belajar menyediakannya secara sendiri.



Dan sehingga kini kededua bubur dan berianinya mendapat perhatian ramai sehinggakan masjidnya turut sediakan juadah bubur buat masjid-masjid lain.



"Masjid-masjid tersebut hanya perlu bayar kos bagi bahan-bahannya sahaja, dan kami tidak kenakan sebarang kos tambahan," ujarnya.



Beriani Masjid Khalid juga kini menempah nama dalam acara tahunan Cabaran Presiden.



"Banyak teladan dan ilmu yang saya timba hasil berkhidmat di masjid. Saya amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan berkhidmat di rumah-Nya," jelasnya dengan nada tenang.




"Masjid Khalid ketika itu dianggotai warga yang lebih matang dan veteran, tapi memandangkan saya berminat benar untuk terlibat dalam kerja-kerja sukarela di masjid, saya pun beranikan diri untuk mendampingi anggotanya... Kebetulan saya seseorang yang tiada masalah untuk beramah mesra dan berbual dengan warga senja... Banyak teladan dan ilmu yang saya timba hasil berkhidmat di masjid. Saya amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan berkhidmat di rumah-Nya."
- Pengerusi Masjid Khalid, Encik Alla'udin Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >