Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

160,000 warga SG flat kecil layak terima baucar $100

Sep 28, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 160,000 warga Singapura layak menerima baucar barang dapur bernilai $100 bulan depan untuk memberi sokongan kepada mereka menanggung perbelanjaan rumah semasa pandemik Covid-19.



Sokongan tersebut merupakan sebahagian daripada pakej Prihatin dan Sokongan Covid-19 yang dibentangkan semasa Belanjawan tahun lalu.



Semua warga Singapura berumur 21 tahun dan ke atas tahun ini yang tinggal di rumah flat satu atau dua bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah layak menerima baucar tersebut, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan semalam.



Skim baucar barang dapur itu akan menawarkan bantuan keseluruhan sejumlah $63 juta bagi mereka yang layak menerimanya.



Tahun lalu, penerima yang layak menerima bantuan tersebut telah menerima baucar-baucar sejumlah $300, $150 pada Oktober 2020 dan $150 pada Disember lalu.



Baucar tersebut akan dihantar ke rumah para penerima pada hari Sabtu sepanjang bulan depan mulai 2 Oktober.



Baucar bagi isi rumah yang layak menerima baucar berkenaan di Chinatown, Queenstown dan Bukit Merah, Tiong Bahru, Pasir Panjang, Clementi, Beach Road, Little India, Ghim Moh, Holland dan Toa Payoh misalnya, akan dihantar ke rumah mereka pada 2 Oktober.



Jika tiada orang berada di rumah untuk menerimanya pada hari ia dihantar, usaha penghantaran akan dilakukan buat kali kedua pada minggu seterusnya antara 4 hingga 8 Oktober.



Sekiranya tiada orang menerimanya pada usaha penghantaran kedua, pekerja penghantaran akan meletak satu kad notifikasi di pintu rumah supaya para penerima boleh mendapatkan baucar mereka di pejabat pos tertentu dalam tempoh 10 hari.



Pengagihan pertama baucar itu bagi kawasan di Whampoa, Bendemeer, Macpherson, Geylang, Eunos, Marine Parade, Bedok, Tampines, Pasir Ris dan Hougang pula bermula pada 9 Oktober.



Penghantaran kedua akan dilakukan antara 11 dengan 15 Oktober.



Bagi kawasan d Sengkang, Serangoon, Ang Mo Kio, Bishan, Upper Bukit Timah, Jurong East, Jurong West, Bukit Batok, Bukit Panjang dan Choa Chu Kang pula akan bermula pada 16 Oktober dan penghantaran kedua akan dijalankan dari 18 hingga 22 Oktober.



Baucar barang dapur itu boleh digunakan di pasar raya tempatan seperti Giant, FairPrice, Prime dan Sheng Siong.



Berbanding Oktober tahun lalu, baucar-baucar berkenaan dihantar ke peti surat isi rumah di blok-blok HDB.



Namun, beberapa kes kecurian telah berlaku di serata Singapura dengan pencuri cuba mengambil baucar-baucar itu daripada peti surat isi rumah dan terdapat peti surat yang telah dibuka secara paksa di beberapa kejiranan.



Misalnya, seorang wanita berusia 34 tahun telah gunakan alat menggunakan satu pena, mata kail dan pelekat untuk mencuri baucar-baucar bernilai $450 daripada peti surat terletak di Kim Tian Place.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >