Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6,000 kakitangan prasekolah lalui ujian swab Covid-19

May 17, 2020 | 06:30 PM



 





SEKITAR 6,000 kakitangan prasekolah telah melalui pemeriksaan pencegahan bagi Covid-19 setakat ini, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee pada Ahad (17 Mei)



Sehingga 30,000 kakitangan prasekolah akan menjalani ujiab swab sekali sehingga 26 Mei, sebahagian usaha persiapan bagi pembukaan semula prasekolah.



Encik Lee, yang mengunjungi pusat ujian di Politeknik Temasek pada Ahad berkata menerusi Facebook bahawa kementeriannya sedang meneliti keadaan dan berharap dapat mengumumkan sama ada khidmat umum di prasekolah boleh disambung pada 2 Jun, selepas tempoh pemutus litar berakhir. 



Menurut beliau, ujian itu akan melindungi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat prasekolah dan memberi ketenangan kepada kakitangan, keluarga mereka dan ibu bapa kanak-kanak yang menghadiri prasekolah. 



Menulis dalam pos Facebook berasingan, Menteri Pendidikan  Ong Ye Kung yang turut mengunjungi pusat ujian itu berkata operasi berlangsung licin seperti putaran jam. Setiap pondok ujian boleh menguji 30 orang sejam - atau satu ujian setiap dua minit, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >