Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

74 pegawai Home Team meninggal dunia semasa berkhidmat

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI lapan daripada 74 pegawai berseragam Home Team yang meninggal dunia semasa berkhidmat antara Januari 2018 dengan bulan lalu maut akibat bunuh diri.



Sementara itu, punca kematian bagi tiga pegawai lain yang mempunyai elemen yang menyarankan kemungkinan bunuh diri masih disiasat koroner.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata demikian semalam semasa menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang); Anggota Parlimen Dilantik, Dr Shahira Abdullah; dan Encik Melvin Yong (Radin Mas).



Namun tambahnya, kebanyakan pegawai yang meninggal dunia semasa berkhidmat itu adalah disebabkan penyakit atau sebab semula jadi.



Anggota Parlimen yang tampil mengemukakan soalan itu juga bertanya tentang sokongan yang diberi kepada pegawai bagi kesihatan mental mereka.



Cik Sun berkata pegawai Home Team diberi sokongan sejak mereka menyertai agensi tersebut.



Sebagai contoh, beliau berkata latihan membina daya tahan dan menangani tekanan ditawarkan kepada semua pegawai baru.



Penyelia Home Team turut dilengkapi dengan kemahiran mengenal pasti dan menyokong pegawai yang memerlukan bantuan.



Di semua jabatan Home Team juga, Cik Sun berkata khidmat psikologi ditawarkan kepada semua pegawai termasuk responder pertama, dengan pakar psikologi di Jabatan Home Team menangani keperluan kesihatan mental pegawai.



Selain program sokongan rakan setara yang bertujuan menunjuk rasa prihatin dan memberi sokongan kepada pegawai Home Team, pegawai juga boleh memanfaatkan khidmat kaunseling dari luar yang turut disediakan buat semua pegawai untuk memudahkan mereka mendapatkan bantuan di luar.



Identiti pegawai dirahsiakan dan Home Team tidak menjejak siapa yang menggunakan khidmat itu, ujar Cik Sun.



Tambahnya, polis juga tidak menjejak jumlah pegawai yang telah mendapatkan bantuan kaunseling dan para-kaunseling, dengan elemen merahsiakan identiti pegawai itu penting untuk menggalak mereka yang bermasalah untuk tampil mendapatkan bantuan.



"Pegawai yang mendapatkan bantuan tidak terbatas dari segi kerjaya mereka disebabkan mereka tampil mendapatkan bantuan.



"Mereka dinilai berdasarkan prestasi kerja mereka dan kenaikan pangkat bergantung pada merit dan potensi mereka untuk memegang jawatan lebih tinggi," ujarnya.



Menarik perhatian pegawai yang membawa senjata api, Cik Sun berkata semua pegawai polis dan pegawai polis tambahan (APO) melalui pemeriksaan keselamatan sebelum diterima bekerja.



Tambahnya, penilaian perubatan dan psikologi juga dijalankan sebagai sebahagian daripada proses perekrutan bagi Pasukan Polis Singapura dan kebanyakan Pasukan Polis Tambahan (APF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >