Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

75,000 orang sertai Bulan Bahasa tahun ini

Rahayu: Penyertaan memberangsangkan dalam keadaan masyarakat sedang bangkit dari Covid-19
Nov 04, 2022 | 05:30 AM



KEMPEN Bulan Bahasa tahun ini berjaya menjangkau lebih 75,000 orang melalui 123 program yang diadakan, termasuk program fizikal yang dapat dijalankan semula dengan pelonggaran sekatan Covid-19.



Demikian dinyatakan pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, dalam ucapannya di majlis penghargaan Bulan Bahasa 2022 semalam.



Majlis di Kelab Masyarakat Nee Soon Central itu bertujuan menghargai sumbangan rakan kongsi masyarakat kepada kempen tahunan itu, dan dihadiri lebih 70 tetamu.



Turut hadir ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).



Bulan Bahasa berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober dan bertemakan 'Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.'



Kempen anjuran MBMS itu bertujuan menggalak masyarakat menghargai dan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka.



Cik Rahayu berkata kempen tahun ini melibatkan 61 rakan kerjasama dan sembilan sekolah.



Seramai 353 Rakan Bahasa daripada 178 sekolah turut mengambil bahagian.



"Walaupun kita masih berdepan dengan cabaran dalam beberapa tahun ini, saya berbesar hati kerana kita dapat meneruskan tujuan kita melestarikan dan memupuk minat dan cinta akan bahasa Melayu kita," kata Cik Rahayu.



"Bahasa kita terus hidup dan memberdayakan masyarakat kita. Hal ini dapat dilihat melalui program yang diadakan tahun ini.



"Pada tahun ini juga sekatan Covid-19 mula dilonggarkan. Oleh sebab itu, jumlah program fizikal juga meningkat kembali. Program ini dianjurkan oleh rakan kerjasama lama dan baru.



"Jumlah penyertaan ini masih memberangsangkan walaupun dalam keadaan kita sedang bangkit daripada pandemik Covid19," tambahnya.



Cik Rahayu turut meluahkan rasa bangga melihat rakan kerjasama Bulan Bahasa tahun ini rata-ratanya bersiap sedia untuk menyediakan program secara fizikal di samping program digital yang berterusan.



"Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat kita selesa untuk membuat penyesuaian. Yang penting juga ialah mutu program Bulan Bahasa kita terus meningkat," katanya.



Dr Faishal dalam ucapannya berkata dalam beberapa tahun yang lepas, pandemik Covid-19 telah memberi cabaran kepada MBMS kerana acara fizikal terjejas dan majlis itu perlu memikirkan cara untuk meneruskan kegiatan bahasa dan kesusteraaan ketika orang ramai berjauhan daripada satu sama lain.



"Jawatankuasa Bulan Bahasa menerajui usaha ini dan memikirkan secara strategik cara program kerjasama dapat membantu menyokong usaha kami, terutama sekali melalui platform media massa dan media sosial," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >