Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Anggota perintahan Katolik didakwa laku seks sejenis

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura telah didakwa di mahkamah semalam atas dua tuduhan melakukan seks sejenis, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Lelaki itu merupakan seorang ahli perintahan Katolik semasa dia didakwa melakukan perbuatan itu kepada dua remaja lelaki.



Difahamkan, dia bukan seorang paderi, lapor ST.



Lelaki itu turut dikenakan lagi dua tuduhan di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (CYPA) atas perbuatan tidak senonoh kepada dua remaja lelaki itu.



Butiran berkaitan lelaki berkenaan dan mangsa-mangsanya tidak boleh didedahkan bagi melindungi identiti mereka.



Ini termasuk pekerjaan, jawatan serta alamat tempat kejadian itu.



Lelaki itu, didakwa melakukan seks kepada seorang bawah umur pada 2005.



Dalam lagi satu kejadian, dia didakwa melakukan seks oral kepada seorang remaja lelaki antara 1 Januari 2005 dengan 31 Disember 2006.



Remaja itu berusia antara 14 dengan 16 tahun pada ketika itu.



Pada 2007, lelaki didakwa melakukan kesalahan serupa kepada seorang lagi remaja lelaki berusia antara 14 dengan 15 tahun pada ketika itu.



Dia juga didakwa melakukan lagi satu perbuatan seks sejenis dengan seorang remaja lelaki antara April dengan Disember tahun itu.



Semalam, lelaki itu diperintah menjalani reman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi bagi pemeriksaan psikiatri.



Kes tersebut telah ditangguhkan pada 10 Februari.



Keuskupan Agung Katolik Roman Singapura telah diminta untuk memberi komen tentang kes ini, lapor ST.



Jika disabit bersalah, setiap tuduhan kesalahan melakukan seks sejenis membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.



Bagi setiap tuduhan di bawah CYPA, mereka yang disabit bersalah buat julung-julung kalinya di bawah akta itu boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.



Mereka yang mengulang kesalahan itu boleh dipenjara sehingga empat tahun dan didenda sehingga $10,000 bagi setiap kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >