Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia dalam lawatannya ke Singapura dari 29 hingga 30 Oktober atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Rahat Pemimpin tahunan itu merupakan wadah utama bagi kedua-dua perdana menteri membincangkan isu-isu dua hala dan meneroka bidang kerjasama baru, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad.
Ini merupakan Rahat Pemimpin pertama yang diadakan sejak tempoh pandemik Covid-19 dan merupakan peluang bagi kedua-dua negara membincangkan kerjasama dua hala yang kini bertambah rancak, tambah kenyataan itu.
Rahat Pemimpin sebelum ini diadakan di Putrajaya, Malaysia pada 2019.
Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan Malaysia, juga akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 30 Oktober secara berasingan.
Kedua-dua perdana menteri dan delegasi mereka dijangka bertemu selepas itu untuk membincangkan hal ehwal dua hala serta menyaksikan beberapa persetujuan ditandatangani dalam beberapa bidang kerjasama utama.
Datuk Anwar diiringi delegasi yang terdiri daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Perdana Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Peguam Negara, Datuk Terrirudin Mohd Salleh.
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Cukup saya fahami betapa liatnya nak membuat janji temu pemeriksaan kesihatan, biarpun, dalam hal seperti saya, kosnya ditanggung oleh majikan.
Prosesnya juga bukan menyeronokkan... tekan sana, tekan
Sering kita dengar masa skrin yang lama dan tidak terbatas membawa kesan padah kepada kanak-kanak.
Tetapi tahukah anda bahawa masa skrin ibu bapa juga mempunyai kesan terhadap pembangunan anak?
Pendig
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Dengan sinaran mentari yang kerap terik, adalah penting menggunakan krim pelindung matahari dan pelindung suria bagi membantu menjaga kulit agar selamat dan sihat.
Bahkan ramai yang tidak menyedari

Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon dan Peguam Negara, Lucien Wong.