Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asia mesti wujudkan keadaan aman, selamat dan makmur berterusan: PM Lee

Oct 05, 2023 | 06:56 PM



Bagi Asia menunaikan janjinya di sebalik cabaran yang dihadapi, negara-negara Asia perlu menunjukkan piawaian negarawan yang tinggi dan azam yang kukuh untuk menumpukan perhatian kepada kepentingan bersama, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada dialog penutup Sidang Puncak Masa Depan Asia 2023.

Encik Lee berkata jika negara-negara Asia boleh membuat pilihan yang tepat dengan mengutamakan kerjasama, mengukuhkan multilateralisme dan memanfaatkan peluang baru, ia boleh mewujudkan keadaan bagi keamanan, keselamatan dan kemakmuran Asia yang berterusan.

“Bagi Singapura, di tengah-tengah sekitaran antarabangsa yang mencabar ini, adalah lebih penting kini untuk kita memandang ke depan.

“Kita sedang membuat persediaan bagi perubahan kepimpinan, menyediakan pasukan baru untuk membawa Singapura ke depan... kita memandang ke luar, bekerjasama dengan rakan Asean dan antarabangsa lain sambil menyokong integrasi serantau dan multilateralisme,” kata Encik Lee.

Beliau telah menyampaikan ucapannya itu kepada sekitar 300 hadirin di The Ritz-Carlton Millenia Singapore semasa sidang puncak yang dianjurkan SPH Media.

Encik Lee berkata Asia kekal sebagai rantau yang “bertenaga dengan janji yang besar”.

Ia didiami lebih separuh penduduk dunia dan mempunyai “golongan pertengahan yang semakin berkembang, berpendidikan tinggi dan mewah” dan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Asia berkemungkinan melebihi gabungan GDP seluruh dunia dalam masa terdekat, katanya.

“Namun, untuk merealisasikan janji Asia, kita memerlukan perkara yang betul,” ujar beliau.

Antaranya, Asia mesti menegakkan dan memperkukuh pendirian serantau yang terbuka dan inklusif; memperdalam integrasi ekonomi serantau; serta menguruskan perkembangan sosial dan politik dalaman setiap negara, untuk mewujudkan masyarakat dan negara yang stabil yang boleh menyumbang kepada kemakmuran Asia.

“Kestabilan domestik merupakan prasyarat bagi kerjasama luaran yang efektif. Hubungan antarabangsa adalah penting terhadap keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara, tetapi dasar luar negara sesebuah negara sentiasa bergantung kepada politik dalam negeri yang menyokong,” tekan beliau.


Encik Lee akur bukan mudah bagi setiap negara mencapai matlamat yang saling menguntungkan dalam dunia yang bergejolak.

Mengetengahkan tiga cabaran utama yang dihadapi Asia, Encik Lee berkata persaingan geopolitik antara Amerika Syarikat dengan China yang semakin meningkat membimbangkan negara-negara Asia.

Kedua, dalam rantau Asia pun, terdapat cukup banyak isu mencabar yang perlu ditangani termasuk pertikaian kepulauan Diaoyu/Senkaku yang melibatkan dua kuasa besar – China dan Jepun.

Cabaran ketiga, kata Encik Lee, ialah semangat nasionalisme dan perlindungan yang semakin meningkat.

“Aliran perdagangan dan pelaburan semakin diusahakan bukan mengikut logik ekonomi tetapi berdasarkan orientasi geopolitik dan keperluan keselamatan negara.

“Negara-negara semakin campur tangan dalam ekonomi mereka untuk melindungi atau memberi subsidi kepada industri. Mereka tidak menghiraukan peraturan perdagangan antarabangsa atas nama daya tahan dan berdikari.

“Ini memesongkan pasaran, membawa kepada peningkatan sokongan dan perlindungan negeri dan merugikan,” kata Encik Lee.

Pemerintah mesti menolak perkara ini, untuk mencari keselamatan dan kesejahteraan yang lebih besar secara kolektif dan bukan secara individu, tambah beliau.

“Masih terdapat banyak peluang lagi bagi kerjasama yang saling menguntungkan.


“Negara-negara Asia mempunyai keupayaan untuk bertindak. Jika kita boleh memilih keputusan yang betul dengan mengutamakan kerjasama, mengukuhkan multilateralisme dan memanfaatkan peluang baru, kita boleh mewujudkan keadaan untuk keamanan, keselamatan dan untuk kemakmuran kita yang berterusan, walaupun dalam dunia yang bergelora ini,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >