Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ayam segar dari M'sia dijual semula di sini

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



AYAM segar mula ditawarkan di beberapa pasar raya setempat sejak petang semalam setelah Malaysia kembali membenarkan eksport ayam hidup ke Singapura.



Bilangan ayam segar itu bagaimanapun terhad dan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding sebelum larangan eksport itu berkuatkuasa empat bulan lalu.



Pengimport setempat, Kee Song Food, berkata ayam yang dibawa masuknya mula dijual di beberapa cawangan pasar raya NTUC FairPrice mulai 2 petang semalam.



Ayam segar itu turut ditawarkan di laman web syarikat itu di mana ayam halal seberat satu kilogram dijual pada harga $12.80.



Ketua pembangunan perniagaan syarikat tersebut, Encik James Sim, berkata harga telah naik sebanyak sekitar 10 hingga 16 peratus.



Ayam segar akan dibekalkan kepada pegerai di pasar mulai pagi ini, katanya lagi.



Sementara itu, rakan kongsi kedai runcit Halal Mart SG, Encik Kamaruzzaman Kamarudin, berkata kedainya akan mula menjual ayam segar mulai hari ini.



Tetapi beliau berkata harga ayam yang dijualnya telah naik daripada sekitar $5 hingga $6 kepada $8 untuk ayam seberat satu kilogram.



Beliau menjangkakan harga ayam mungkin akan turun semula tahun depan apabila bekalannya mula stabil.



Pemilik Hashim Abbas Supplier of Fresh & Frozen Chicken & Meat di Pasar Geylang Serai, Encik Hashim Abbas, juga berkata gerainya akan mula menjual ayam segar hari ini.



"Ayam dah sampai di tempat penyembelihan hari ini (semalam) jadi saya rasa kemungkinan esok (hari ini) seluruh Geylang dah ada ayam segar. Bagi saya, saya akan mula dengan menjual dalam 30 hingga 40 ekor ayam dahulu. Harganya naik sikit, daripada $4 kepada $6 hingga $6.50 untuk satu kilogram," kata Encik Hashim yang sebelum larangan eksport itu menempah sekitar 50 ekor ayam sehari untuk dijual.



Pasar raya lain seperti Sheng Siong juga akan mula menjual ayam segar mulai hari ini.



Malaysia menarik balik larangan eksport ayam hidup sejak Selasa lalu setelah melaksanakannya sejak 1 Jun lalu bagi menangani isu bekalan dan harga ayam dalam negara.



Sebelum larangan itu, Malaysia mengeksport 3.6 juta ayam sebulan. Pada waktu itu, sekitar sepertiga ayam di Singapura datang dari Malaysia.



Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dalam satu kenyataan media Isnin lalu berkata sekatan eksport ayam hidup itu akan dilonggarkan secara berperingkat bermula dengan 50 peratus atau 1.8 juta ayam sebulan.



"Keputusan ini diambil berikutan bekalan ayam di pasaran tempatan yang mulai stabil pada suku tahun ketiga dengan kadar purata lebihan pengeluaran 1.8 juta ekor sebulan," katanya.



Beliau juga berkata pelaksanaan eksport ayam hidup akan melibatkan hampir 100 ladang pengeksport.



Setiap ladang itu telah diberi had kuantiti eksport dan sekiranya didapati beraku sebarang ketidakpatuhan, kebenaran eksport ladang terlibat akan digantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >