Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bas bertingkat tiga pintu diperkenal tahun ini

Jan 12, 2021 | 05:30 AM



BAS bertingkat berpintu tiga akan diperkenal di jalan raya di Singapura mulai tahun ini.



Ia direka dengan dua tangga dan pintu keluar tambahan di bahagian belakang untuk memudahkan perjalanan keluar masuk penumpang.



Dalam satu kenyataan semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata dengan tangga tambahan itu, penumpang sedang naik boleh ke dek atas menggunakan tangga pertama sementara penumpang yang mahu turun pula digalak menggunakan tangga kedua.



Pintu tambahan pula membolehkan penumpang di belakang bas turun tanpa perlu menuju ke bahagian tengah bas.



Sebanyak 100 bas bertingkat berpintu tiga akan diperkenal sepanjang tahun ini.



Bas-bas itu akan dibuat oleh dua pengedar - ST Engineering Land Systems Ltd (STELS) dan Alexander Dennis (Singapore) Services Pte Ltd (ADS).



Sebanyak 50 bas STEL akan diperkenal secara berperingkat bermula hujung bulan ini, sementara bas ADS dijangka diperkenal bermula suku kedua tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >