Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GUNA BAUCAR CDC

Berupaya tampung lebih besar keperluan isi rumah: Fahmi

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



ISI rumah warga Singapura kini boleh merancang dan membeli keperluan barang dapur mereka dalam jumlah yang besar bagi kegunaan jangka masa lebih panjang menggunakan Baucar CDC mereka, kata Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Merujuk kepada ciri baru Baucar GST itu yang membolehkan orang ramai menggunakannya untuk berbelanja di pasar raya, beliau berkata ini juga boleh meringankan beban warga serta membantu mereka membuat persiapan awal.



Di bawah Skim Baucar CDC 2023, setiap isi rumah warga Singapura diberikan Baucar CDC berjumlah $300, dengan separuh daripada jumlah itu atau sebanyak $150 boleh digunakan di pasar raya yang mengambil bahagian dalam skim tersebut.



Lima rangkaian pasar raya setempat yang menerima Baucar CDC itu ialah NTUC FairPrice, Sheng Siong, Prime Supermarket, HAO Mart dan U Stars Supermarket - yang kesemuanya mempunyai lebih 300 cawangan secara keseluruhan di serata Singapura.



Ini merupakan kali pertama Baucar CDC boleh digunakan di pasar raya sejak skim itu diperkenal.



Baki $150 daripada Baucar CDC yang diterima isi rumah warga Singapura tahun ini masih boleh digunakan di sekitar 20,300 gerai penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian dalam skim itu.



Bercakap dengan Berita Harian, Encik Fahmi berkata ramai penduduk memberitahu beliau bahawa mereka mendapati Baucar CDC itu amat bermanfaat buat mereka.



"Mereka menggunakannya untuk membeli keperluan harian. Malah, mereka juga menggunakan baucar itu bagi perkhidmatan seperti gunting rambut.



"Ini amat bermanfaat buat mereka, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang meningkat," ujarnya.



Encik Fahmi juga berharap lebih banyak perniagaan dapat menyertai skim itu pada masa akan datang dan menggalak penduduk menggunakan Baucar CDC itu.



Secara keseluruhan, Baucar CDC berjumlah lebih $228 juta telah dibelanjakan bagi 2021 dan 2022.



Daripada jumlah itu, hampir separuh atau 46 peratus Baucar CDC yang digunakan isi rumah warga Singapura pada 2021 dan tahun lalu, berjumlah sekitar $105 juta, telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan minuman.



Lagi 43 peratus Baucar CDC pula, yang berjumlah $98 juta, dibelanjakan bagi perkhidmatan dan perdagangan lain termasuk di kedai cermin mata dan kedai bunga serta untuk membeli barang elektronik dan alat tulis.



Baki 11 peratus Baucar CDC itu, yang berjumlah $25 juta, pula dibelanjakan di minimart dan kedai runcit di kawasan kejiranan.



Sekitar $372 juta dijangka dibelanjakan menggunakan Baucar CDC tahun ini, dengan sekitar 1.238 juta isi rumah warga Singapura boleh memanfaatkannya.



Semua isi rumah warga Singapura telah dikirimkan surat mulai kelmarin dengan butiran untuk mendapatkan Baucar CDC 2023, yang perlu dibelanjakan selewat-lewatnya 31 Disember 2023.



Seorang anggota isi rumah warga Singapura juga boleh mendapatkan baucar itu dengan melungsuri laman web go.gov.sg/cdcv dan log masuk dengan akaun Singpass mereka bagi pihak isi rumahnya.




“Mereka menggunakannya untuk membeli keperluan harian. Malah, mereka juga menggunakan baucar itu bagi perkhidmatan seperti gunting rambut. Ini amat bermanfaat buat mereka, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang meningkat.”



– Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >