Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN GCE PERINGKAT ‘A’

Cemerlang dalam sukan dan pelajaran

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI atlet rentas desa, pelajar dari Institut Hwa Chong, Encik Muhammad Zubair Mazlan, 19 tahun itu turut berasa syukur dengan keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' yang diterima pada Jumaat.



Encik Zubair sentiasa memaksa dirinya untuk pergi jauh, bukan sahaja cemerlang dalam sukan tetapi juga dalam pelajaran.



Malah seperti beberapa pelajar lain, atlet Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA) itu turut berasa gementar untuk menerima keputusannya disebabkan peperiksaan prelims yang tidak begitu memuaskan sebelum ini.



"Saya meminta ibu bapa saya melihat keputusan saya terlebih dahulu sebelum saya. Apabila saya melihat ekspresi mereka dengan senyuman itu, saya berasa lega," dedah Encik Zubair.



Anak bongsu kepada empat adik-beradik itu adalah yang pertama untuk menduduki GCE peringkat 'A'.



"Ibu bapa saya adalah motivasi utama saya untuk berjaya selepas semua sokongan yang mereka berikan. Asalkan mereka gembira, itu sahaja yang saya boleh minta," luahkan Encik Zubair apabila diwawancara oleh Berita Harian (BH).



Sepanjang dua tahun di Institut Hwa Chong, Encik Zubair tidak yakin dengan peringkat 'A' disebabkan gred yang tidak konsisten sambil tumpukan masa untuk belajar dan kegiatan kokurikulumnya (CCA).



"Saya bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh guru Matematik dan Biologi yang berusaha keras demi membimbing saya dan menjelaskan sebarang keraguan."



Rakan-rakanya turut memainkan peranan penting dan membantu satu sama lain berasa kurang bersendirian melalui cabaran, walaupun terdapat banyak ketidakpastian dan cabaran yang dihadapi semasa wabak Covid-19 itu.



Bekas pelajar Sekolah Menengah Evergreen itu berlatih empat kali seminggu untuk rentas desa. Ini termasuk meluangkan masa pada hujung minggu.



Encik Zubair yang menjalani kehidupan yang sangat aktif mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa Antara Sekolah A Bahagian Kebangsaan 2022 yang mencapai kedudukan individu ke-21.



Dalam Kejohanan Balapan dan Padang Bahagian A 2022, beliau mencapai kedudukan pasukan keseluruhan pertama.



"Pasukan merentas desa sangat menggalakkan walaupun ia adalah sukan individu."



Rentas desa telah membentuk dan membantu Encik Zubair untuk mempunyai kesanggupan melakukan sesuatu luar dari zon selesa dan mengatasi apa jua cabaran.



Encik Zubair yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa sekarang berharap untuk menyambung pelajarannya di luar negara dalam jurusan perubatan.



Bapanya juga merupakan seorang jururawat di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan ingin mengikut jejak langkahnya sebagai doktor demi membantu orang lain.



Sepanjang perjalanan sekolahnya, Encik Zubair telah membuktikan bahawa beliau boleh tabah dan bangkit semula sambil mempamerkan daya tahan yang luar biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >