Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ecda utama kemahiran bagi lapan lagi pekerjaan sektor pendidikan awal kanak-kanak

Oct 13, 2023 | 08:14 PM



Lapan lagi peranan pekerjaan di bawah Peta Hala Tuju Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk sektor pendidikan awal kanak-kanak telah dikemas kini untuk merangkumi Kemahiran Teknikal dan Kecekapan (TSC), iaitu kemahiran diperlukan guru prasekolah.

Demikian didedahkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa anjuran Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) di Pusat Konvensyen Suntec City pada Jumaat.

Beliau berkata peta hala tuju yang dikemas kini mengutamakan TSC yang boleh ditumpukan oleh guru dalam setiap peranan dan pada peringkat kerjaya yang berbeza.

“Ia juga akan membantu guru dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak mengenal pasti kursus yang disediakan Ecda bagi mendalami pengetahuan dan kemahiran mereka.

“Ecda akan terus menyusun kursus CPD berkualiti tinggi untuk melengkapkan guru kita dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dengan berkesan,” jelas Encik Masagos.

Diperkenalkan pada 2016, peta hala tuju tersebut menggariskan deskripsi pekerjaan dan TSC diperlukan untuk setiap peranan pekerjaan, membolehkan guru dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak merangka pelan pembangunan mereka dengan lebih baik.

Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), TSC yang terangkum ini terdiri daripada tiga bidang – pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak; keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak; serta perkongsian keluarga dan masyarakat.


Bagi bidang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, TSC yang diketengahkan termasuk penilaian perkembangan kanak-kanak, pemerhatian kanak-kanak, pengurusan bilik darjah dan bimbingan tingkah laku kanak-kanak, kepelbagaian dan keterangkuman, reka bentuk kurikulum awal kanak-kanak, amalan pedagogi awal kanak-kanak, perancangan program awal kanak-kanak, dan reka bentuk persekitaran pembelajaran.

Untuk bidang keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak pula, TSC yang diketengahkan termasuk keselamatan dan perlindungan kanak-kanak, kesihatan, kebersihan dan pemakanan untuk kanak-kanak, interaksi dan perhubungan dengan kanak-kanak, serta pendekatan penjagaan responsif.

TSC yang diketengahkan bagi perkongsian keluarga dan masyarakat termasuk perkongsian masyarakat, penglibatan keluarga dan penjaga, serta pengurusan situasi bersama keluarga dan masyarakat.

Encik Masagos turut menekankan kepentingan peranan pemimpin pusat, iaitu seorang yang membangunkan rancangan strategik dan struktur untuk memupuk budaya prihatin dan amanah, pementoran dan pembelajaran di sebuah pusat pendidikan.

“Pemimpin pusat memainkan peranan penting dalam membina budaya penjagaan, pertumbuhan profesional dan inovasi di prasekolah kami. Kualiti pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah bergantung pada kualiti kepimpinan.

“Itulah sebabnya selama bertahun-tahun, Ecda telah melabur dalam pembangunan pemimpin pusat melalui diploma lanjutan dalam Kepimpinan untuk Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ADECL).

“Bersama Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC), Ecda sentiasa berusaha untuk menambah baik program bagi melengkapkan pemimpin pusat baru.

“Oleh itu, kami telah menyemak ADECL. Kurikulum ADECL yang disemak meliputi kandungan baru dan dipertingkatkan berkaitan kemahiran kepimpinan dalam bidang kurikulum, pedagogi, serta strategi dan pentadbiran,” tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >