Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi usul pertingkat sokongan bagi madrasah

Sep 02, 2020 | 05:30 AM



MODEL yang lebih mampan diperlukan untuk mempertingkat dan memberi sokongan kepada madrasah dan pelajarnya untuk memastikan ia terus berkembang sebagai institusi pendidikan yang akan melindungi kehidupan pelbagai bangsa dan agama di Singapura.



Lantaran itu kerjasama dengan agensi pemerintah dan pihak berkepentingan lain diperlukan untuk memberi madrasah sumber yang diperlukan serta peluang latihan demi menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih baik untuk pelajar.



Demikian menurut Anggota Parlimen (AP) baru Encik Fahmi Aliman (GRC Marine Parade) semasa menyampaikan ucapan sulungnya di Parlimen semalam.



Katanya, prestasi madrasah kian bertambah baik terutama sejak Pendidikan Wajib dan Sistem Madrasah Bersama (JMS) diperkenalkan.



Menurut Encik Fahmi, madrasah perlu menjangkakan cabaran dan keperluan masyarakat mendatang.



"Salah satu peranan madrasah adalah untuk membentuk asatizah yang akan memberi panduan berkaitan amalan Islam dalam konteks perpaduan sosial, keamanan dan kemajuan ekonomi Singapura," kata beliau.



Untuk mencapai visi masyarakat untuk asatizah ini, ia memerlukan usaha daripada pihak berkepentingan untuk meneroka cara menyokong madrasah dengan lebih baik, kata beliau sambil mengalu-alukan penguatkuasaan saranan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA).



Tambahnya, Rangka Kerja M Kuasa Tiga (M³) turut memberi peluang kepada pelajar madrasah untuk memahami keperluan dan masalah dalam masyarakat.



Ini termasuk melalui inisiatif seperti lawatan ke rumah golongan yang memerlukan serta acara anjuran M3@Towns yang menyediakan kesempatan kepada mereka berinteraksi dengan anggota masyarakat.



Sementara itu, isu-isu berkaitan perilaku dalam talian serta diskriminasi turut dibangkitkan oleh beberapa AP Melayu lain di Parlimen semalam.



Dalam ucapannya, AP Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang) menekankan bahawa tidak semua orang dalam masyarakat dapat menikmati peluang yang sama.



"Diskriminasi dalam pekerjaan merupakan masalah yang wujud dan mempunyai kesan terhadap pekerja warga Singapura yang hanya ingin mencari wang untuk menyara hidup dan menyokong keperluan keluarga, mereka tidak seharusnya terpaksa menghadapi diskriminasi dalam pengambilan kerja dalam pasaran kerja kerana usia, jantina, bangsa dan tentu sekali tidak harus mengalami diskriminasi jika mereka memakai hijab," katanya.



Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong) pula mengetengahkan isu perilaku negatif dalam talian, antaranya yang dipanggil 'cancel culture'.



Ia merupakan budaya dalam talian untuk menyerang reputasi mereka yang menjadi sasaran disebabkan sesuatu yang dilakukan tidak boleh diterima sekumpulan pengkritik.



Cik Rahayu berkata ini boleh mengalihkan perhatian daripada isu penting yang harus dibincangkan.



Beliau juga mengingatkan warga Singapura supaya mempertimbangkan pergerakan di luar negara yang tular di media sosial dengan baik dan tidak hanya mengikut begitu sahaja.



"Kita harus sedar akan demografi khas sebagai masyarakat pelbagai bangsa dan agama.



"Kepelbagaian bangsa merupakan nilai penting dalam hidup kita, untuk itu kita harus memastikan dalam perdebatan dan perbincangan kita sedar akan kesan komen yang dikeluarkan dan bahaya menjejas fabrik sosial jika melagakan satu golongan terhadap golongan lain."




“Topik lain yang ingin saya juangkan juga ialah peningkatan madrasah kita. Sejak Pendidikan Wajib dan pembentukan Sistem Madrasah Bersama ataupun JMS diperkenalkan, prestasi akademik madrasah telah meningkat dengan ketara. Antara tahun 2017 dan 2019 sahaja, bilangan pelajar PSLE yang dinilai sesuai untuk ke sekolah menengah meningkat kepada 99.6 peratus dan peratusan pelajar dengan sekurang-kurangnya tiga atau lima kelulusan ‘O’ level hampir ketara dengan purata nasional.
– Encik Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade).



Raeesah prihatin diskriminasi di tempat kerja



“Diskriminasi dalam pekerjaan merupakan masalah yang wujud dan mempunyai kesan terhadap pekerja warga Singapura yang hanya ingin mencari wang untuk menyara hidup dan menyokong keperluan keluarga, mereka tidak seharusnya terpaksa menghadapi diskriminasi dalam pengambilan kerja dalam pasaran kerja kerana usia, jantina, bangsa dan tentu sekali tidak harus mengalami diskriminasi jika mereka memakai hijab.”
– Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >