Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Goh: Tindakan Hsien Yang dan Wei Ling adalah untuk menjatuhkan PM Lee

Jul 04, 2017 | 04:49 PM



TINDAKAN Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling adalah jelas - mahu menjatuhkan abang sulung mereka, Encik Lee Hsien Loong, dari kedudukannya sebagai seorang Perdana Menteri, kata Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.



Berucap di hari kedua perbahasan menyentuh tengakarah berkaitan rumah beralamat 38 Oxley Road di Parlimen hari ini, mantan perdana menteri itu mempersoalkan tindakan mereka - "sama ada menyuarakan hasrat murni demi menyelamatkan Singapura atau melakukan serangan peribadi tanpa mengendahkan kemusnahan (reputasi) ke atas Singapura?



"Ini bukan lagi tindakan sinis. Sekiranya adik-beradik Lee memilih untuk mengenepikan nama baik dan legasi Lee Kuan Yew, dan meranapkan hubungan mereka, ia adalah tragis tetapi hanya satu masalah dalaman keluarga.



"Namun jika dalam proses mereka melakukan kemusnahan itu , mereka turut memusnahkan Singapura, ia adalah isu kepentingan awam," kata Encik Goh.



Tambah beliau, tuduhan tanpa bukti telah diketengahkan di Facebook dan dalam media secara melampau, telah membuat rakyat Singapura menyampah dan penat atas kesemua yang berlaku.



"Kita tidak boleh dan tidak harus, membenarkan diri kita diputarbelitkan sebagai alat.



"Seharusnya ada huraian jelas bagi mengakhiri perbahasan ini. Sama ada kita membebaskan PM Lee dari segala tuduhan salah guna kuasa atau kita mencelanya."



Menurut beliau, pertikaian keluarga Lee, meskipun ia telah diperbesarkan, "telah mencemar reputasi Singapura" dan "menyebabkan kerugian besar" ke atas Pemerintah dan rakyatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >