Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru prasekolah diberi dua hari cuti tambahan mulai 2024

Masagos turut lancar Rangka Kerja Pembangunan Awal (EYDF) 2023 yang telah dikemas kini sempena majlis ulang tahun ke-10 Ecda
Oct 27, 2023 | 07:35 PM



Mulai 2024, guru prasekolah akan diberi tambahan dua hari cuti – Hari Guru dan Hari Kanak-kanak.

Menjelaskan langkah itu, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) berkata ia sebagai “mengiktiraf sumbangan pendidik Pembangunan Awal Kanak-Kanak (EC) dan peranan penting yang mereka mainkan dalam membentuk kehidupan kanak-kanak”.

Ini adalah tambahan kepada enam hari pusat dibenarkan tutup setiap tahun untuk kegiatan organisasi, seperti perancangan kurikulum dan latihan kakitangan.

Enam hari itu akan dikenali sebagai ‘Hari Pembangunan’ – membolehkan prasekolah memberi tumpuan kepada pembangunan individu dan pasukan pendidik.

Ini diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam Acara Perayaan dan Persidangan Pembangunan Awal Kanak-Kanak sempena ulang tahun ke-10 Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) pada Jumaat.

Dalam usaha mempertingkatkan keadaan kerja pendidik EC, Ecda akan menarik balik peraturan – yang menentukan prasekolah ditutup selama tiga setengah hari sebelum lima hari cuti umum – daripada Kod Amalan Pusat Pembangunan Awal Kanak-Kanak.

Sebaliknya, prasekolah kini boleh menyesuaikan waktu operasi pada hari sebelum cuti umum, berdasarkan keperluan kakitangan dan ibu bapa.

Sebagai contoh, prasekolah boleh ditutup lebih awal pada malam Tahun Baru Cina jika semua ibu bapa dan penjaga mengesahkan mereka tidak memerlukan perkhidmatan penjagaan anak melebihi masa tertentu.

“Guru prasekolah dapat lebih bersemangat menjalankan tugas untuk menyokong anak-anak kami apabila mereka mempunyai cukup waktu rehat untuk pembangunan peribadi dan profesional sepanjang tahun, dan setiap hari,” ujar Encik Masagos.

Semasa ditemui Berita Harian, Cik Farhana Mohamed Hassan, 37 tahun, pendidik kanan bayi di Prasekolah PCF Sparkletots @ Pioneer di Jurong West Street 93, turut melahirkan rasa gembira dengan pengumuman tersebut kerana dapat “berehat di rumah dan meluangkan lebih masa dengan tiga anak berusia empat, enam dan lapan tahun”.


Masa rehat secukupnya penting bagi mengimbangi pekerjaan dan perkembangan peribadi serta kesihatan fizikal dan mental, kata Cik Farhana yang juga merupakan penerima Anugerah Pendidik EC Cemerlang Ecda 2020.

Selain itu, Encik Masagos melancarkan Rangka Kerja Pembangunan Awal (EYDF) 2023 yang telah dikemas kini daripada versi yang pertama kali dilancarkan pada 2011.

EYDF 2023, iaitu panduan bagi pendidik kanak-kanak tiga tahun ke bawah, kini lebih menekankan perkembangan kanak-kanak terutamanya dalam empat aspek – kognitif, komunikasi dan bahasa, fizikal serta sosial dan emosi.

Ia juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi pendidik untuk merancang sukatan pelajaran dan membentuk persekitaran pembelajaran terbaik untuk kanak-kanak.

Tambahan, Ecda juga bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dalam usaha untuk mengembangkan Alat Pengajaran Berkualiti (QTT), iaitu garis panduan mengenai cara penyampaian pengajaran secara berkesan.

QTT dijangka siap menjelang akhir 2024.

“Kami ingin terus menyokong semua pendidik dalam meningkatkan kemahiran anda dan membantu para pendidik meraihkan kepakaran dan semangat anda di prasekolah.

“Prasekolah yang bermutu hanya dapat diwujudkan jika keseluruhan ekosistem berfungsi dengan kerjasama antara ibu bapa, pendidik, masyarakat dengan pemerintah,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >