Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hakim tolak ikat jamin tertuduh dalam kes lesap dengan $33j

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



MAHKAMAH daerah telah menolak bidaan ikat jamin oleh peguam yang melarikan diri dari Singapura selepas lebih $33 juta yang disimpan dalam firmanya lesap.



Hakim daerah Terence Tay semalam menolak permohonan Jeffrey Ong Su Aun.



Ong, 43 tahun, telah tampil di mahkamah menerusi pautan video.



Bekas rakan kongsi pengurusan firma guaman JLC Advisors itu telah ditahan reman sejak Jun 2019 selepas dia ditangkap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



Wang yang lesap itu telah dipegang daripada kemudahan escrow bagi seorang klien Allied Technologies, sebuah syarikat yang disenaraikan di Catalist, papan kedua di Bursa Saham Singapura.



Escrow ialah khidmat penting dalam pasaran modal yang menyokong urus niaga seperti penyatuan dan pemerolehan.



Ong tidak lagi bekerja bagi firma guaman itu.



Secara keseluruhan, dia menghadapi 31 tuduhan pecah amanah dan 45 tuduhan kesalahan seperti pemalsuan dan penipuan.



Ia dikatakan melibatkan sebanyak $69.2 juta dan AS$4.85 juta ($6.5 juta).



Selepas wang itu lesap daripada firma guaman itu, Ong meninggalkan Singapura untuk ke Malaysia dengan menggunakan kereta sewa privet pada 13 Mei 2019.



Dia menginap di hotel di Kuala Lumpur dan kemudian tidak dapat dihubungi tiga hari kemudian.



Namun dia telah dikesan dan para pegawai daripada Polis Diraja Malaysia telah menangkapnya pada bulan yang sama.



Ong telah didapati memiliki pasport curi Malaysia yang gambarnya dikatakan mempunyai wajah yang seakan mirip Ong.



Selepas penangkapannya, Ong kemudian dibawa balik ke Singapura pada 30 Mei 2019.



Semasa pendengaran semakan ikat jamin pada Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Khoo menekankan Ong telah ke Malaysia pada 2019 selepas didakwa melakukan pecah amanah dan tidak seharusnya diberikan ikat jamin kerana dia seorang berisiko tinggi melarikan diri atau high flight risk.



Ini merujuk kepada seseorang yang telah dituduh melakukan jenayah dan kemungkinan mencuba untuk melarikan diri keluar daripada negara sebelum perbicaraan bermula.



DPP itu juga menambah kes Ong melibatkan "jumlah wang terbesar pernah diselewengkan oleh seorang peguam di Singapura".



Peguam Ong, Encik Tan Hee Joek, bagaimanapun menggesa mahkamah semalam untuk memberikan ikat jamin kepada kliennya.



Namun selepas satu semakan, Hakim Tay menolaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >