Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga sewa flat HDB, kondo terus meningkat pada Dis

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



HARGA sewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjulang 28.5 peratus pada Disember tahun lalu berbanding setahun lalu, menurut perangkaan dikeluarkan gerbang hartanah SRX dan 99.co.



Harga sewa bagi kondominium pula meningkat 34.4 peratus bagi tempoh yang sama.



Berbanding November tahun lalu, harga sewa flat HDB meningkat pada kadar lebih kecil sebanyak 2.8 peratus pada Disember.



Harga sewa bagi flat lima bilik meningkat paling banyak sebanyak 4.3 peratus pada Disember berbanding November, diikuti 3.5 peratus bagi flat empat bilik dan 1.5 peratus bagi flat tiga bilik. Namun, harga sewa bagi flat eksekutif susut 0.6 peratus.



Berbanding setahun lalu, harga sewa flat lima bilik meningkat paling tinggi sebanyak 31.6 peratus. Kenaikan paling kecil dilihat bagi flat tiga bilik sebanyak 24.6 peratus.



Sebanyak 2,513 flat HDB disewakan pada Disember tahun lalu, berbanding 2,394 unit pada November tahun lalu.



Ketua penyelidikan dan runding cara ERA Realty, Encik Nicholas Mak berkata jumlah flat HDB yang disewakan amat stabil pada kadar sekitar 2,274 hingga 2,513 sejak empat bulan lalu.



Berbeza pula dengan jumlah kondominium yang disewakan yang menjulang 26.6 peratus pada Disember berbanding November tahun lalu.



Satu sebab ialah kenaikan jumlah kondominium yang siap pada suku keempat tahun lalu, yang meningkatkan jumlah rumah untuk disewakan, kata Encik Mak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >