Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pesalah tamat probesen kekal tinggi tahun lalu

82 peratus pesalah berjaya tamatkan tempoh probesen mereka tahun lalu meskipun di tengah-tengah cabaran pandemik
Jun 05, 2021 | 05:30 AM



KADAR penyelesaian perintah probesen pada 2020 kekal tinggi, meskipun merosot sedikit berbanding tahun sebelumnya, di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang membawa bersama cabarannya tersendiri.



Sebanyak 82 peratus pesalah berjaya menamatkan tempoh probesen mereka tahun lalu, berbanding 84 peratus pada 2019.



Dalam laporan tahunan Probesen dan Khidmat Pemulihan Masyarakat (PCRS) yang dikeluarkan semalam, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata, 428 perintah probesen baru dikeluarkan tahun lalu, dengan orang lelaki membentuk 92 peratus pesalah.



83 peratus pesalah yang diberi perintah probesen tahun lalu pula berusia bawah 21 tahun.



Sebagai perbandingan, Berita Harian melaporkan bahawa pada 2019, sebanyak 44 peratus pesalah yang diberi probesen berusia antara 18 dengan 20 tahun.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, MSF berkata, untuk memastikan pemulihan pesalah probesen tidak terjejas oleh pandemik Covid-19, PCRS telah menyesuaikan khidmat yang ditawarkan serta menggembleng tenaga rakan kerja masyarakat.



Ini termasuk memanfaatkan teknologi dengan mengalihkan sesi individu dan keluarga, program pemulihan dan persidangan kes dengan rakan kongsi ke dalam talian.



Memanfaatkan celik teknologi dalam kalangan belia, PCRS turut merintis RehabProtect, aplikasi mudah alih yang direka untuk pekerja kes dan klien mereka.



Ia bertujuan meningkatkan kebertanggungjawaban pesalah terhadap perjalanan pemulihan mereka.



Antaranya, mereka boleh menjadualkan sesi pelaporan, mengesan kemajuan mereka dan mengakses sumber yang relevan.



PCRS juga sedang mengkaji pendigitalan dua program pemulihan asas iaitu Law and Order dan Victim Impact, yang menerapkan format permainan dalam talian di mana pesalah cuba membuat keputusan berdasarkan cabaran kehidupan nyata.



Law and Order mendidik pesalah tentang undang-undang di sini serta peranan undang-undang dan ketertiban dalam masyarakat.



Victim Impact pula membantu para pesalah lebih menyedari bahaya dan kesan buruk yang disebabkan oleh jenayah mereka agar mereka dapat merasa empati serta memikirkan akibat perbuatan mereka.



Program itu akan dijalankan secara dalam talian dan interaksi serta respons pesalah akan direkod oleh sistem tersebut.



Ini membolehkan pegawai probesen dan anggota keluarga memahami cara pemikiran para pesalah itu agar mereka dapat memperkuat pembelajaran serta menyokong kemajuan pesalah sepanjang tempoh probesen mereka.



Meskipun teknologi digunakan, sesi fizikal dengan langkah pengurusan selamat masih diteruskan dengan pesalah probesen yang mempunyai keperluan lebih kompleks atau yang menunjukkan kemajuan lemah dalam tempoh probesen mereka.



"Menyedari tekanan yang disebabkan pandemik ini, perhatian lebih diberikan untuk memeriksa secara berkala dengan pesalah berkaitan hubungan keluarga, kesejahteraan emosi dan keadaan kewangan mereka.



"Di mana perlu, pegawai probesen akan merujuk keluarga-keluarga ini kepada khidmat sokongan yang tersedia," kata MSF.



Dalam pada itu, MSF berkata, lebih 90 peratus perintah probesen memerlukan pesalah melakukan khidmat masyarakat.



Ini bertujuan memupuk rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan menyediakan peluang bagi para pesalah ini 'menebus balik' kesalahan yang telah mereka lakukan.



Pada 2020, PCRS bekerjasama dengan pelbagai agensi khidmat masyarakat untuk membolehkan para pesalah membantu mereka yang terjejas oleh pandemik Covid-19.



Antaranya, mereka telah bekerjasama dengan Food Bank untuk membungkus dan mengagihkan makanan kepada keluarga berpendapatan rendah; dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di mana pesalah menghasilkan hamper yang diberikan kepada jururawat serta kakitangan barisan hadapan NKF.




"Menyedari tekanan yang disebabkan pandemik ini, perhatian lebih diberikan untuk memeriksa secara berkala dengan pesalah berkaitan hubungan keluarga, kesejahteraan emosi dan keadaan kewangan mereka. Di mana perlu, pegawai probesen akan merujuk keluarga-keluarga ini kepada khidmat sokongan yang tersedia."
- Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >